Showing posts with label cita-cita. Show all posts
Showing posts with label cita-cita. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Inilah impian itu..

Irfan... kalau ingat lagi impian yang mama and abah nak share ngan Irfan tu.. inilah dia... tadaaaaaaaaaaa!!



hehhehe.. bukan rumah kiter, sayang.. tapi inilah 'rumah kedua' kita.. yang bakal menjadi tempat mama meng'spend' kan masa half day di sini.. membuat kerja2 yang mama suka.. hati gembira.. mintak2 senyumlah sahaja.. ni sebenarnya lot office dan gallery untuk syarikat mama ( wah syarikat!! hahhaha!).. yelah.. walaupun hanya "Enterprise" sahaja.. mama rasa ini juga merupakan salah satu kejayaan yang mama perolehi melalui bidang ini.. Irfan jangan salah faham.. org sekarang selalu tafsir kan 'kejayaan' itu dengan : banyak duit.. wang besar.. rumah besar.. keta besar.. makan besar.. isteri besarr.. hahhaha.. semuanya besar2 belaka.. tetapi mama tidak begitu.. tidak pernah mama meletakkan material sebagai satu nilai ukuran untuk mengukur kejayaan seseorang.. mama ada pendirian sendiri melalu takrifan kejayaan itu.. nanti mama buat satu entry khas tentang tu untuk anak mama baca bila dah besar nanti k. semoga dapat jadikan panduan bila Irfan melalui hari2 mendatang..

Ok .. berbalik kepada ruang kosong nih.. sebenarnya citer awal2 nya ada mama tulis kat sini.. boleh irfan baca macamana awalnya tergerak hati untuk membuka opis kiut nih.. dan bagaimana tidak yakin nya mama awalnya pada keputusan yang dibuat..hehhe.. mama dan abah sekarang tengah cuba usaha bersungguh2 agar semuanya berjalan seprti yang dirancangkan.. agar semua usaha ini mendapat keberkatan.. mama tak akan mampu nak buat kalau takde Babah Irfan yang memberi dorongan dekat mama.. dalam impian mama ni mestilah ada Irfan dan Abah Irfan di dalamnya.. itu sudah tentu!

Kita sedang sibuk nak dok cantikkan gallery ni.. nanti di galeri akan kita gantungkan gambar kanak2 comel yang pernah menghiasi hari2 mama.. mama akan gantungkan hasil kerja mama.. biar orang lain juga dapat berkongsi kegembiraan hati bila melihat wajah anak2 comel tu.. wajah irfan pun sudah tentulah mama nak pampang di situ nanti.. di sini nanti akan ditempatkan office kecil mama untuk buat kerja2 editing.. dan kalau ada budget lebih.. mama buat studio sekali.

Tentang progress.. alhamdulillah.. sekarang sudah siap buat wiring... pasang lampu.. pasang spotlight.. pasang aircond dan buat partition sket.. now ada perubahan dari apa yang irfan tengok dalam gambar kat atas tu.. sekarang dalam minggu ni nak settlekan bab mengecat dan pasang karpet pula.. bila semua dah settle.. baru boleh bawak masuk furniture dan boleh gantung canvas.. harapan.. oh harapan dan mimpi.. jadilah kenyataan... Mari kita sama2 Aminkan..

Ok Irfan.. mama sebenarnya tak dapat nak tulis panjang2.. nanti ada masa terluang mama tulis lagi di blog Irfan ni yer.. Doakan segala2nya di permudahkan.. untuk keluarga kita :-)

Read more...

Monday, April 5, 2010

Tentang impian

Mama dan Abah ada impian. Impian yang lama dah kami idamkan. Cuma memerlukan satu langkah keberanian. InsyaAllah.. kali ini kami tidak akan menoleh ke belakang lagi.. Kami mahu impian itu termakbul.. untuk kita... untuk Irfan..

Mama tak dapat beritahu lagi apa impian itu selagi ia tak betul2 menjadi realiti. tunggu saatnya.. mama akan bercerita jugak..

Untuk Irfan.. pasanglah impian Irfan.. berangan-anganlah.. dan berusahalah.. untuk menggapai impian walau setinggi langit.. Tapi ingatlah selalu Irfan.. dalam usaha dan gigih serta keterujaan Irfan menggapai bintang2 itu.. jangan sesekali Irfan lupa kepada bumi yang banyak berjasa.. kepada tanah yang kita pijak.. kepada rumput tempat kita kadang2 menumpang duduk di atasnya. Jangan lupa pula.. pada waktu hari yang cerah.. waktu matahari memberi cahaya, waktu rainbow mengindahkan suasana, kadang2 akan datang hujan.. hujan panas.. hujan ribut, petir dan kilat akan sentiasa sabung menyabung.. berselang seli menghiasi bumi Tuhan.. lalu bersabarlah waktu menunggu matahari muncul memberi sinarnya semula, bersabarlah.. kerana ribut petir itu yang nanti akan Irfan hargai.. bila Irfan sudah berjaya menggapai impian Irfan tu.

Pasanglah niat yang baik ketika awal mencipta impian.. InsyaAllah dari situ segalanya akan Allah permudahkan. Segalanya datang dari hati.. bersihkan hatimu selalu... senyum walau dalam susah.. jangan mengeluh dengan takdir.. bersabar dan sentiasa bersyukurlah. Seandainya Irfan tidak memperolehi apa yang Irfan angan2kan.. bersangka baiklah.. kerana memang telah ditetapkan itu bukan rezeki Irfan. Yang Maha Esa tahu apa yang tebaik buat dirimu. Berusahalah, Irfan. Mama dan Abah sentiasa akan mendoakan kesejahteraan hidup Irfan, InsyaAllah.



semoga impian kita termakbul, InsyaAllah.

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP