Friday, April 13, 2018

Family day

Aktiviti petang Jumaat sebaik sahaja sampai ke Rumah Gadang De Lui Family Retreat; destinasi hari keluarga kami pada kali ini. Tahun ini dekat sahaja percutiannya.. hanya di Hulu Langat atas permintaan Atok dan Nenek yang tidak mahu berlama-lama perjalanan di dalam kereta. Asalnya ingin mandi laut di Port Dickson, tetapi musim cuti sekolah, maka hotel banyak yang sudah penuh.

Seronok juga ke Langat, tinggal di homestay yang agak luas juga kawasan lamannya. Anak-anak pun puas bermain. Terdapat anak sungai kecil pula di belakang rumah. Apa lagi masing-masing yang jarang mandi sungai ni pun melompat-lompatlah kegirangan. Pengalaman baru untuk mereka. Seronok!

Esoknya kami berkelah ke Air Terjun Sungai Gabai pula. Itu nanti gambar-gambarnya akan di letakkan kemudian. Enjoy dulu gambar-gambar kali ini!


Hulu Langat; March 2018



0 comments:

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP