Saturday, September 5, 2009

4 tahun lah!

Hari ni anak bujang sudah berumur 4 tahun. Kejap benar rasa masa berlalu.. kang kalau feeling ingat2 balik memang leh syahdu hati mama dibuatnya. Harapan mama dan abah supaya Irfan jadi seorang manusia yang baik budi pekerti ok! Dengar cakap mama abah.. notti sket2 takpe.. tapi jangan sampai mama pening eh.. ekekkeke..

ni gambar2 pagi tadi pas dia mandi.. takde buat apa2 pun sebab posa mama abah pun malas nak kuar.. so spend ajer kat umah.. Actually we have special plan for him petang nanti.. dia tak tau.. sort of serpraiss jugaklahhh.. sian dia.. dia ingat takde buat apa2 untuk besday dia ni.. padahal kitorang dah plan dah.. present pun abah dah beli siap2.. ada dok dalam bonet keta lagi.. i'm sure he'll love it.

Petang ni potong kek ngan buka posa kat umah mami.. mama ngan abah harap irfan suka lah walaupun kecil kecilan ajer.. nak buat camne.. ur birthday dah 2 tahun berturut2 nih falls in fasting month ajer.. tapi irfan untung nanti buat lagi kat Kuching insyaAllah masa kiter balik raya.. kalau ada lebih rezeki.. pas raya mama try buat untuk kawan2 pulak k!

Ok son.. enjoy your day ok! Petang kang mama amik gambar banyak2 lagi ok!









Read more...

Sunday, August 30, 2009

Satu hari di bulan Ramadhan

Sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa.. semoga panjang umur kita dapat meneruskannya sehingga kita menyambut Syawal kelak..

Cuaca di bulan puasa kini nampaknya agak sejuk kan? boleh dikatakan almost setiap hari hujan.. kalau tak pagi petang.. kalau tak petang pagi.. ada tu masa tengah berbuka pun hujan.. sungguh menenang kan dan mendatangkan kedamaian di hati..

Tapi dalam sejuk2 tu ada seorang budak tu sungguhlah malas nak mandi.. bila di suruh katanya.. sejukkkk!!! tapi kalau dah melampau2 sgt malasnya .. tak boleh lah dibiarkan je kan.. maka terpaksa lah mama paksa jugak dia mandi.. ni gambar2 muka dia bangun tido dan kelihatan sangatlah terpaksa nak mandi...

cuba mendapatkan belas ihsan dari mama.. supaya membenarkan dia tak mandi..


mama ckp no way! kena mandi jugak.. kalau tak irfan tinggal ( padahal tak gi mana2 pun) ni muka dia geram jeee kena gak mandi..

ni rupa sesudah mandi.. kesejukan.. tapi tetap tak puas hati sebab kena mandi hahaha!

ni malamnya.. masa kitorang dok releks2 dalam bilik ini budak menjalankan aktiviti main games hp.

Sekarang dah tau mintak nak main games.. sampai muncung2 mulut dia punya lah khusyuk..
Ok.. now mama pulak nak kena standby prepare juadah untuk buka puasa.. Nanti kita sambung lagi ye!

Read more...

Friday, August 14, 2009

A Child's Hero

A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.



He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!




He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong



In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.



And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!



Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!





HE IS THE HERO OF OUR LIFE!



Read more...

Thursday, August 6, 2009

Ulangtahun ke 7

Irfan,

Mama pening sayang. Lately banyak yang mama pikir sampai sakit kepala otak mama ni.. ada yang sedih ada yang happy tapi tak dapat la mama nak cerita kat sini.. mama harap mama tak terabaikan kamu seminggu ini. Kalau ada, mama mintak maaf. kadang2 mama rasa mama perlu berehat.. tetapi mama tidak mahu berehat untuk membesarkan dan mendidik kamu..

Isnin lepas mama dengan abah dapat celebrate our 7th anniversary together. Alhamdulillah. Sudah 7 tahun. Cepat sangat masa berlalu rasanya. Banyak yang dah mama dan abah tempuhi.. suka duka.. jatuh bangun.. pahit kelat.. masam manis semuanya dah kami rasa. Dan kami sedia tempuhi lagi untuk tahun2 yang akan datang. Mama sayang abah kamu... dan kamu mesti sayang babah macamana dia sayang kamu jugak. Selalu babah cakap dekat mama yang dia nak irfan hidup sempurna. Dia sayang Irfan sangat. Kadangkala dia tak dapat luang masa dengan Irfan sangat.. tapi dia selalu kata yang dia rindu.. dia sedih bila Irfan call dia then kata Irfan rindu.. tp dia bekerja untuk kita.. tidak pernah dia abaikan kamu. Dia akan lakukan apa saja asal Irfan dapat rasa gembira. Ingat tu sampai besar ok.

Mama bersyukur mama ada seseorang yang sayang kan baik dan buruk mama. Bila mama dengan abah kamu.. mama akan rasa sempurna sebab bukan kelebihan mama saja yang dia cari tetapi dia sayang juga dengan kekurangan mama. Mama berterima kasih dengan abah kamu kerana banyak menolong mama dari dulu sampai sekarang. Menolong bukan erti kata dari segi material.. tetapi rohani mama ni juga sudah banyak diperbetulkannya. Terima kasih Abang.

Buat yang membaca.. sori entry ni agak emo sedikit. Dan saya masih dalam mood ber ulangtahun perkahwinan. Tidak salah kan? Kalau ada yang nak memerli saya ni jiwang karat.. terpulanglah.. saya tak kisah yang penting hati bahagia.. kalau kamu tidak bahagia.. cuba cari bahagia kamu sampai kamu jumpa ye :-) Kalau bukan hari ini kita ucapkan "saya sayang kamu" kepada orang yang kita sayang, bila lagi? Jangan simpan sampai semuanya sudah terlambat. Masa tu tak kan ada guna lagi. :-)

Read more...

Thursday, July 23, 2009

Bermalas malasan dengan si busyuk

Ahad lepas. Ini dia aktiviti kami setelah had our late lunch kat rumah. Lunch nak dekat pukul 3 sebab ada dua beranak tu bangun lambat dari tidur. Mama pegi keja pagi2 mereka belum bangun lagi. Kul 11 lebih mama balik tengok Irfan masih bucuk belum mandi dok elok sarapan cekodok yang dibuat oleh babahnya. It's normally their bonding times during the weekends.. so mama lets babah do everything for his son.. hehehhe bagushh tak mamanya curik tulang? :p pastu nak dekat kul 3 babah masak pulak udang kegemaran irfan.. then we had lunch together dengan budak busuk ni.. lepas habis makan mama paksa dia mandi sebab badan berlengas dah.. lepas mandi tak nak pakai baju pulak dah.. katanya nak ikut gaya babah LOL! Lepas tu apa lagi.. monkeying around lah dari bawah ke atas..








Ini Dinasour katanya.

Pastu kami bersiap2 untuk jumpa Mommy Ayu yang datang dari Brunei. We met them at Bukit Bintang KL. Mommy sengaja check in satu hotel kat situ 3 hari supaya dekat tempat nak shopping katanya.. sampai2 situ tengok Ucu didi ngan Acik pun ada.. dan buat julung kalinya kami beramai2 malam ahad tu jalan kaki dari bukit bintang ke Pavilion.. asalnya nak tgk Harry Potter.. tapi seperti yang disangka full house.. maka dinner saja lah kami di situ.. tobat lah mama tak buat dah keja ni.. dengan dikelilingi pak2 dan mak2 arab sepanjang perjalanan memang betul2 terasa bagai di negara padang pasir daaaa...

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Si Dia.. peneman mama yang setia..

Cuaca pagi tu sangat cantik.. walaupun dah nak dekat pukul 10 tapi tak berapa panas.. sedang2 ajer.. tak terlalu panas dan tak mendung.. tapi cool.. breezing.. babah pegi main golf kena entertain client dari korea datang kilang.. so pagi tu mama bawak irfan teman mama pegi ambil gambar.. gambar2 ni diambil masa kami sedang tunggu client sampai. Kami berborak2 sambil membaling batu ke dalam tasik.. ketawa bila irfan cuba melakukan pelbagai aksi pose.. dan mama menjawab segala soalan yang diajukan olehnya kerana sekarang dia dalam stage nak tahu tentang semua benda. Kenapa batu2 kat situ sejuk pun dia tanya. :-) Kalau boleh sehingga ke akar umbi ingin dikoreknya.

Selalu mama takut nak bawak dia kalau sorang2.. takut dia kacau atau takut tak terhandle mama nanti mana nak amik gambar client lagi..nak tengok2 dia lagi.. lain kalau ada babah dia ikut sama.. tapi rupa2nya dia dah besar.. sikit pun tak kacau.. tapi pandai bawak diri.. masa mama tgh bz ambil gambar, dia sorang2 cari batu dan baling2 dalam tasik.. duduk2 sambil perhatikan mama buat keja.. kadang2 datang dekat mama peluk2 lepas tu buat keja dia balik.. Sayu juga hati dan terlepas juga rasa rasa penat bila lihat dia macam tu.. sejuk hati mama, Irfan :-)

Rezeki dia, akhir sessi client pun belanja kami berdua naik boat keliling tasik sebab client nak ambil gambar dalam boat.. punya lah dia suka sebab masa tunggu awal2 tu mulut dia bising minta naik boat.. maka apa lagi pucuk di cita ulam mendatang.. seronok bukan kepalang. tapi awal2 mama pesan agar dia dok diam2 dalam boat tu.. sebab mama has to work.. kena ambil gambar.. Alhamdulillah dia duduk diam sambil merenung tasik yang indah.. what a lovely morning for both of us..

Habis sessi kami terus menghala pulang .. tapi memandangkan dah kul 12 maka mama bawak dia pegi lunch terus dekat Ani Sup Utara dekat Bangi. Banyak dia makan sambil buat2 lawak dalam kedai sampai ada pengunjung lain yang terhibur dengar telatah dia.. disuruh baca doa makan, sengaja dia membaca doa penerang hati.. siap ending "rabbana.. aatina.. fiddunnya hasanah.." nasib baik lah tak tersembur makanan org sebelah meja tu .. sebab mama pun curi2 jeling tengok mereka yang tersengih2 melihat gelagat Irfan.

Lepas habis makan kami terus pulang dan tertidur kepenatan sampai babah pulang pun kami tak sedar :-)

Alhamdulillah Allah bagi petunjuk dekat mama dan buka pintu hati mama untuk membuat keputusan yang tepat dalam hidup mama. Hampir 2 tahun mama berhenti kerja dan membuat keputusan untuk buat fulltime fotografi.. Alhamdulillah, buat masa ini takde sedikit rasa kesal pun di hati. Bisnes mestilah ada pasang dan surutnya.. tetapi melihatkan apa yang telah mama perolehi so far, mama sememangnya sungguh bertuah.. bukan material yang mama kejarkan, tetapi Mama perolehi masa yang banyak dengan anak mama.. hati senang bila lihat anak membesar di depan mata dan hanya terpisah sekejap sahaja waktu Irfan ke pre-school. Selebihnya, masa dapat mama habiskan dengan Irfan. Anak membesar dengan begitu cepat. Mama tidak mahu mensia-siakan setiap detik itu. Nanti bila dia besar, mama tak mau ada rasa penyesalan di hati. Kecik2 ni mama mau berasa puas mendakap.. menggomol dia setiap hari agar nanti mama tidak terkilan bila satu masa dia sudah besar dan mungkin sudah malu bila mama ingin menggomolnya seperti sekarang. Lebih2 lagi buat masa sekarang masih belum ada tanda2 untuk Irfan dapat adik.. tak mengapalah.. itu semua kuasa Allah.. Apa yang penting kita kena menghargai apa yang kita ada. Mama berdoa untuk diri sendiri semoga sentiasa beringat2 dan tidak mensia-siakan peluang yang ada..

Irfan, terima kasih kerana sentiasa menjadi peneman mama yang setia :-) Buat semua... katakanlah setiap hari kepada anak2 yang kita sayangkan dia.. dan galakkan dia menyatakan kembali yang dia pun sayangkan kita :-)










Read more...

How to Raise Your Child's Self-Esteem - 99 easy things to do.

source by : Nancy Krulik

1- Pull out a photo album filled with your child's baby pictures. Tell him stories about when he was a baby. It will be a special trip down to memory lane for both of you.


in my case, I teach him how to compile and arrange the pictures into our new family album, since we didn't have a proper album for his baby's photos before. Dulu semua pakai album yang kedai gambar bagi. :-) Dan.. bersiapsedialah untuk mendengar segala "W" questions yang diajukan olehnya. It was very funny sometimes to hear his opinion about himself when he was a baby.


2- Encourage your child to help you to do the houseworks. Praise his efforts, without worrying about the results.


he helped me to fold his own cloth, walaupun mama tau tak sekemas mana dia lipat tu at least dia ada effort untuk menolong.. Jangan lah betulkan cara lipatan dia tu depan2 dia.. just puji yang dia pandai lipat supaya dia akan tolong lagi in future. hihihi tapi bila dia dah start buat keja lain or tak nampak, barulah mama betulkan balik yang dia lipat tu.


ni dia sedang tolong MakTeh cuci keta. Actually sonok tu.. mula2 konon kata nak tolong tapi sebenarnya lebih nak main air sambil tak berbaju camtu.. :p

Ada masa nanti mama share lagi another 97 easy things to do with your child k!
Take care!

Read more...

Tuesday, July 7, 2009

Wayang

Last saturday dah gi tgk Ice Age 3. Malam ni babah dah belikan tiket to watch transformer lak.. Actually its more for Irfan sebab mama ngan babah dah tgk dah movie ni without Irfan hehehhe.. (babah siap amik cuti tu.. ekekek) so malam ni bawaklah si anak bujang tu gi tgk.. sebab hari2 dok main bumblebee ngan optimus prime dia kat umah.. kesian lak tgk muka dia hari2 ajak kitorang gi tengok..

Ok.. as usual.. selain tak berapa rajin.. actually agak sibuk gak utk mengupdate blog nih.. but last weekend ada ambil gambar Irfan yang proper sket masa tunggu client sampai .. nanti bila2 akan saya update insyaAllah :-)


Till then, bye!

oh btw, seperti biasa.. gambar hiasan..

masa ni attend Birthday Irfan Junior dekat Kuantan ;-)







Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP