Thursday, October 1, 2009

Niki belon makan karipap pusing bermain bunga api

4 Hari sebelum raya kiter sudah rasa kegembiraannya untuk pulang ke kampung.. walaupun tidaklah begitu kampung sangat kampung abah Irfan tu.. tapi kampung yang bukan calang2 jauhnya.. harus merentasi laut cina selatan yang hanya boleh sampai melalui perjalanan udara. Wajah abah pagi tu berbunga2.. mata bersinar2 ye lah kerinduan terhadap rumah ayah bonda yang sudah 2 tahun tidak menjejakkan kaki ke situ. Mama dulu2.. masa tgh carik2 jodoh dulu tu adalah terpikir kalau boleh nak orang yang dok luar dari KL.. nak merasa nikmat balik kampung (hebat tak mama punya angan2).. sekali hamikkkk.. orang sarawak dapatnya.. alhamdulillah.. sekurang2 nya best gak setiap balik raya leh naik belon tak kematu bontot berjanggut sesak dalam jem..



wajah2 gembira kiter di airport menantikan flight yang delay 15 minit. tapi pilot tu bawak laju walaupun take off lambat.. tapi sampai awal 15 minit.






Setakat ni sepanjang perkahwinan alhamdulillah belum ada lagi suasana tegang bermasam muka berebut hendak balik kampung sapa di hari raya.. sebab kiter sudah janji untuk buat konsep bergilir2.. tahun ini jatuh kepada kampung abah di Taman Malihah Kuching.. walau mama tetap ada kerinduan pada keluarga di Gombak.. tetapi kemeriahan di Kuching telah dapat mengubati kerinduan mama dan syukur rasa dapat menikmati keindahan dan kemeriahan Ramadhan dan Syawal tidak kira kita di Gombak atau di Kuching.. Syukur ada keluarga mertua yang sangat memahami.. malah sebenarnya mama sentiasa ternanti2kan saat kiter balik beraya di Kuching.. seronok yang bukan kepalang.

Hati gembira tidak terkata bila selamat sampai di depan gate rumah abah tok dan maktok yang mana gatenya sudah diganti baru dengan stainless steel kata abah tok.. keliling rumah pun sudah dinaikkan batu.. halaman rumah terjaga rapi.. menyambut kepulangan anak menantu dan cucu.. mak tok pula sedang menjahit tangan baju melayu pakcik2 irfan yang lain.. katanya semua baju tu dibeli maka tangan byk yang panjang nak kena oter.. mesin jahit singa maktoh masih kukuh dan tegap menyumbangkan khidmat kepada empunya tersayang..

Harapan abah hendak merasa air tangan maktok Irfan waktu berbuka puasa pun tercapai.. walau mak hanya buat sambal belacan berulamkan pucuk paku dan ulam raja.. manakan sama enaknya dengan sambal belacan di Kuala Lumpur. Lain benar Abah kata.. Mak punya ada kick.. belacannya cukup.. ikan bilis dan cili pun sesedap rasa.. pedas masin masam semuanya sekata.. kalau makan dengan nasik putih panas sekalipun dah cukup mengiurkan.. Mama yang mengidam nak makan macam2 dekat Kuching (siap list down dalam kepala nak makan apa) akhirnya semua tercapai.. hari tu tgk astro ria si Hafiz tu beli terubok bakar dekat Bazaar Ramadhan satok.. terus mama masuk list.. 2 kali dapat makan terubok tu.. pak tam irfan belikan.. bukan takat terubuk bakar ajer dapat.. malah dapat makan siput jugak yang kat sana siputnya besar 1 ganda lagi ngan siput kat sini.. walaupun mahu makannya kena ada cara.. sampai terpeleot mulut mama menyedut hingga hampir berputus asa.. hembus dulu baru sedut kata abah.. hehhehe

Ketam mak tok yang menjadi igauan mama pun dapat mama rasa.. Mak tok masak lazatnyaa.. masak rempah campur telur.. tidak cukup yang mak tok buat ditambah pula yang di beli oleh paktam.. maka berpesta ketam lah kiter pada suatu hari itu.. ketam yang kulitnya keras.. di gigit2 penuh nikmat untuk merasa isi di dalam... siput sedut yang besar yang kena sedut habis kempis semua pipi.. dengan ikan terubuk yang amat mencabar untuk dimakan.. kerana silap2 tercekik tulang.. walau tidak "user friendly" bak kata abah.. tetapi bila makan ramai2 setiap cabaran nak makan itu dapat dilalui dengan penuh tekun .. hahhaha




kekemasan keliman abah tiada tandingan..






Abah yang asyik cerita karipap pusing mak sangat lazat.. maka dengan muka tak malu mama pun mengenen nak makan karipap maktok.. lalu abah tok irfan pergi ke kedai membeli tepung dan segala bahan untuk membuat karipap.. abah tok sendiri yang menguli tepung.. maktok memasak inti.. abah tunjuk skill depan mama mengelim karipap.. yang mak tok kata hasil keliman abah memang sesiapa tak boleh celen kekemasannya.. wah hebat abah.. boleh jadi juara mengelim karipap.. mama pulak terkehel2 jari nak mengelim.. lalu seperti biasa berputus asa atau dengan kata lain malas nak buat.. bila abah tok menggoreng karipap tidak tertahan baunya.. mana tak.. perut sudah berkeroncong menanti waktu berbuka.. bila azan maghrib berkumandang.. karipap itu yang mama capai dulu.. walau tidak berapa panas seprti baru di goreng.. tetap rangup krispy rasanya dan intinya dikunyah2 ditelan penuh nikmat.. akhirnya merasa juga mama karipap terkenal maktok kamu irfan.. abah pula menanam impian nak jual karipap frozen lah pulak dekat sini.. abah kata.. dulu masa maktok masih menjual karipap, selagi karipap mak tok belum habis karipap orang lain tak kan laku punya... hihihi..




awal2 tu kak shasha je cousin yang ada kat umah..



Irfan sudah tentu tidak brp ingat dengan suasana kampung Kuching ini kerana last irfan kat sana umur 2 tahun lebih.. tetapi mama dan abah dah train awal2 lagi hari2 irfan prektis nyanyi lagu Balik Kampung biar Irfan rasa seronoknya perasaannya balik beraya di kampung. Kita adalah yang paling awal balik.. di susuli oleh mami akak yang umahnya kat Kuching gak.. pastu Pakteh yang menetap kat KL, pastu Pak Net dari Kuantan pastu mami Ayu tersayang yang menetap kat Brunei.. dan last sekali Pak Long dari KL. Yang lain lainnya memang menetap di S'wak. Irfan berjumpa cousin2 yang rata2nya memang jarang sangat berjumpa.. Irfan kawan dengan Ash, Adik Rina, Aiman, Baby Ica dan yang paling rajin melayan Irfan ialah kak Shasha.. Rumah abah tok dan mak tok riuh rendah jadinya dengan pekikan cucu2.. dengan tangisan berebut2 mainan.. dengan rentak kaki berlari2 ke depan ke belakang ke luar ke dalam.. rengekan manja cucu2.. dan paling best pengalaman mandi "swimming pool" di dalam besen mak tok di belakang rumah..


swimming pool maktok yang lagi best dari swimming pool hotel 5 bintang.


Bila waktu berbuka tiba riuhlah semua org ambik tempat masing2 di atas lantai.. hidangan dihidangkan di atas lantai yang beralaskan surat khabar.. radio di pasang untuk menanti waktu azan. Dapat merasa berbuka awal pukul 6.40 petang .. Nasik di tambah berpinggan2 yang mana bila balik Kl mama masih belum berani nak menibang badan.. yang bestnya budak2 kecik tidak mengacau bila para dewasa berbuka puasa tetapi sibuk di hall rumah bermain sesama mereka..








ni tercengang tengok mercun cantik..


Malam Irfan dan rakan2 seperjuangan bermain bunga api berkotak2.. seronok benar rasa.. sambil nyanyi2 lagu selamat hari raya.. yang mana ayat itu ajer yang diulangnya berkali2... paktam dan pakteh membakar mercun.. berdentum dentam bunyinya menggegar Taman Malihah..

Irfan, Ash dan Adek Rina.. the next ultraman team. Tp adek rina tu pegang pedang transformer


Aiman.. anak Paknet dari Kuantan

kesian abah tok.. dikuda2kan oleh cucu2..

Irfan nyanyi2 untuk adik Ica sambil diperhatikan oleh Adik Rina

Abah main cak2 ngan Baby Ica.. ( aii abah teringin baby girl keee? )


Kiter kepenatan, lalu pegi ke dapur membuka peti ais.. minum air gas bertong2 sampai ada yang terberak2.. ada pulak yang susah nak berak kesembelitan.. shhhh jgn bgtau sapa.. Irfan sudah lupa pesan atok Kl supaya jangn minum air gas banyak sgt.. walaupun di halang si kecil tu tetap dengan pendirian.. air gas sedap!! tapi bila adik rina mintak.. katanya " budak kecik tak boleh minum! nanti sakit perut!!" itulah ragamnya kanak2..

kemudian masing2 bergelimpangan di hadapan tv.. menonton tv yang ceritanya tak tau ujung pangkal.. tetapi lebih seronok berborak2 sesama kiter.. para lelaki pula "berasap2" dekat luar rumah.. bercerita perkembangan diri masing2.. 7 org adik beradik lelaki.. wah bayangkanlah banyaknya cerita.. belum masuk Abah Tok yang kalau bercerita agak susah yang lain nak potong line..

Bila tidur, tilam empuk sudah tidak lagi dihiraukan.. janji dapat berbaring.. beralaskan bantal pun sudah cukup rasanya.. di hadapan tv kiter bergelimpangan.. berhimpit2 ada yang tertidur melekat di dinding macam cicak man.. begitulah indahnya keadaan di rumah maktok bila 10 anak pulang ke rumah..4 menantu dan 6 cucu memenuhi setiap ruang. Mesti menggamit kenangan abah ketika dia masih kecil begitulah keadaannya beradik beradik ramai.. susah senang hidup bersama..

Moga satu hari nanti.. kenangan inilah yang akan kiter cerita pada generasi yang akan datang bagaimana erat hubungan keluarga.. betapa hati ibu dah ayah gembira tidak terkata melihat wajah2 anak yang ditatang sejak kecil sudah dewasa.. sudah punya keluarga.. tetapi cinta dan kasih sayang terhadap keluarga yang membesarkan dari susah hingga ke senang tetap terpahat dalam lubuk hati masing2.






Nota kaki :


gambar2 tak dapat nak upload semua.. ada separuhnya yang mama dah upload kat FB.. . gambar makanan yang lazat2 seperti diceritakan di atas tak dapat nak amik.. sebab terliurnya kat makanan sampai lupa nak snap.. lagi pun kamera besar sgt.. malu pulak i nak bawak gi jenguk dapur.. kuengkuengkueng..

Read more...

Wednesday, September 30, 2009

Indahnya Syawal itu..




Salam Syawal..

Harapnya masih belum terlambat untuk saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin buat semua..

Aduhai.. tidak diam saya selepas balik dari beraya ni.. balik Kuchng 3 hari sebelum raya.. kemudian balik KL raya ke 4.. raya ke 6 ke Johor pula dan pulang hari Ahad lepas.. Isnin dah start berphotoshoot session.. Selasa.. baru sempat mengemas rumah dan kain baju.. rabu.. tadi.. pergi mengambil kek Irfan yang last minit saya tempah.. kemudian menghadirkan diri ke open house sekolahnya dan menggembirakan hatinya dengan menyambut bersama2 birthday partynya dan kanak2 yang lahir bulan September.

Syawal ini seperti tahun2 sebelumnya.. sangat2 meninggalkan kesan di hati.. kesyahduan, kegembiraan, ketenangan, kebahagiaan.. dan memori2 indah di pagi Syawal masih segar terpahat di hati.. moga2 mama, abah dan Irfan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan ini..

Mama ingin bercerita.. sangat terlalu ingin.. tentang Syawal kita.. tapi masih belum berjumpa masa yang sesuai.. insyaAllah jika ada kelapangan mama cuba.. mama ingin mencatatkan sesuatu agar bila Irfan besar nanti dapat di baca semula dan mudah mudahan ianya dapat memberikan irfan "sesuatu" untuk dikenang.


Si kecik ni memang susah nak amik gambar hari tu.. asyik nak main je kejanya.. nak lagi best.. ni tengok dia buat2 tido pulak.. memang drama king tulll :D

tapi gambar babah ngan mama yang ni best.. hehhe.. walaupun mata masih merah2 lagi tu selepas bersalam salaman :p


gambar ni blur sket... tapi tersimpan seribu makna yang indah :-)


hero2ku di pagi Aidilfitri.

Read more...

Friday, September 11, 2009

Di Harijadi kamu, Sayang

5 Sept 09.
Happy 4th Birthday Son!
Malam tu ada potong2 kek kat umah mami dia.. sort of surprise for him laaa... setelah siangnya berkali2 dia tanya kek and hadiah.. hehhe.. ada atok ada nenek and ada pakcik makcik yang lain.. dan paling penting ada... best friends.. abg Arash and kakak adek Lia. as long he is happy, we are more than happy.. be a good boy son.. and be kind to others too :-)

*gambar2 lain mama ada upload dalam FB k. sapa dalam friendlist mama boleh lah tgk :-)










Read more...

Saturday, September 5, 2009

4 tahun lah!

Hari ni anak bujang sudah berumur 4 tahun. Kejap benar rasa masa berlalu.. kang kalau feeling ingat2 balik memang leh syahdu hati mama dibuatnya. Harapan mama dan abah supaya Irfan jadi seorang manusia yang baik budi pekerti ok! Dengar cakap mama abah.. notti sket2 takpe.. tapi jangan sampai mama pening eh.. ekekkeke..

ni gambar2 pagi tadi pas dia mandi.. takde buat apa2 pun sebab posa mama abah pun malas nak kuar.. so spend ajer kat umah.. Actually we have special plan for him petang nanti.. dia tak tau.. sort of serpraiss jugaklahhh.. sian dia.. dia ingat takde buat apa2 untuk besday dia ni.. padahal kitorang dah plan dah.. present pun abah dah beli siap2.. ada dok dalam bonet keta lagi.. i'm sure he'll love it.

Petang ni potong kek ngan buka posa kat umah mami.. mama ngan abah harap irfan suka lah walaupun kecil kecilan ajer.. nak buat camne.. ur birthday dah 2 tahun berturut2 nih falls in fasting month ajer.. tapi irfan untung nanti buat lagi kat Kuching insyaAllah masa kiter balik raya.. kalau ada lebih rezeki.. pas raya mama try buat untuk kawan2 pulak k!

Ok son.. enjoy your day ok! Petang kang mama amik gambar banyak2 lagi ok!









Read more...

Sunday, August 30, 2009

Satu hari di bulan Ramadhan

Sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa.. semoga panjang umur kita dapat meneruskannya sehingga kita menyambut Syawal kelak..

Cuaca di bulan puasa kini nampaknya agak sejuk kan? boleh dikatakan almost setiap hari hujan.. kalau tak pagi petang.. kalau tak petang pagi.. ada tu masa tengah berbuka pun hujan.. sungguh menenang kan dan mendatangkan kedamaian di hati..

Tapi dalam sejuk2 tu ada seorang budak tu sungguhlah malas nak mandi.. bila di suruh katanya.. sejukkkk!!! tapi kalau dah melampau2 sgt malasnya .. tak boleh lah dibiarkan je kan.. maka terpaksa lah mama paksa jugak dia mandi.. ni gambar2 muka dia bangun tido dan kelihatan sangatlah terpaksa nak mandi...

cuba mendapatkan belas ihsan dari mama.. supaya membenarkan dia tak mandi..


mama ckp no way! kena mandi jugak.. kalau tak irfan tinggal ( padahal tak gi mana2 pun) ni muka dia geram jeee kena gak mandi..

ni rupa sesudah mandi.. kesejukan.. tapi tetap tak puas hati sebab kena mandi hahaha!

ni malamnya.. masa kitorang dok releks2 dalam bilik ini budak menjalankan aktiviti main games hp.

Sekarang dah tau mintak nak main games.. sampai muncung2 mulut dia punya lah khusyuk..
Ok.. now mama pulak nak kena standby prepare juadah untuk buka puasa.. Nanti kita sambung lagi ye!

Read more...

Friday, August 14, 2009

A Child's Hero

A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.



He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!




He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong



In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.



And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!



Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!





HE IS THE HERO OF OUR LIFE!



Read more...

Thursday, August 6, 2009

Ulangtahun ke 7

Irfan,

Mama pening sayang. Lately banyak yang mama pikir sampai sakit kepala otak mama ni.. ada yang sedih ada yang happy tapi tak dapat la mama nak cerita kat sini.. mama harap mama tak terabaikan kamu seminggu ini. Kalau ada, mama mintak maaf. kadang2 mama rasa mama perlu berehat.. tetapi mama tidak mahu berehat untuk membesarkan dan mendidik kamu..

Isnin lepas mama dengan abah dapat celebrate our 7th anniversary together. Alhamdulillah. Sudah 7 tahun. Cepat sangat masa berlalu rasanya. Banyak yang dah mama dan abah tempuhi.. suka duka.. jatuh bangun.. pahit kelat.. masam manis semuanya dah kami rasa. Dan kami sedia tempuhi lagi untuk tahun2 yang akan datang. Mama sayang abah kamu... dan kamu mesti sayang babah macamana dia sayang kamu jugak. Selalu babah cakap dekat mama yang dia nak irfan hidup sempurna. Dia sayang Irfan sangat. Kadangkala dia tak dapat luang masa dengan Irfan sangat.. tapi dia selalu kata yang dia rindu.. dia sedih bila Irfan call dia then kata Irfan rindu.. tp dia bekerja untuk kita.. tidak pernah dia abaikan kamu. Dia akan lakukan apa saja asal Irfan dapat rasa gembira. Ingat tu sampai besar ok.

Mama bersyukur mama ada seseorang yang sayang kan baik dan buruk mama. Bila mama dengan abah kamu.. mama akan rasa sempurna sebab bukan kelebihan mama saja yang dia cari tetapi dia sayang juga dengan kekurangan mama. Mama berterima kasih dengan abah kamu kerana banyak menolong mama dari dulu sampai sekarang. Menolong bukan erti kata dari segi material.. tetapi rohani mama ni juga sudah banyak diperbetulkannya. Terima kasih Abang.

Buat yang membaca.. sori entry ni agak emo sedikit. Dan saya masih dalam mood ber ulangtahun perkahwinan. Tidak salah kan? Kalau ada yang nak memerli saya ni jiwang karat.. terpulanglah.. saya tak kisah yang penting hati bahagia.. kalau kamu tidak bahagia.. cuba cari bahagia kamu sampai kamu jumpa ye :-) Kalau bukan hari ini kita ucapkan "saya sayang kamu" kepada orang yang kita sayang, bila lagi? Jangan simpan sampai semuanya sudah terlambat. Masa tu tak kan ada guna lagi. :-)

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP