Saturday, February 2, 2013

Kemaman Travelogue ~ A journey to remember :: A day in the life ::

November 13th, 2012. 
Home, Air Jernih.
Kuala Kertih.
Awana Kijal.

This is how I feel about you.

and how you make me feel.

The unguarded moments.

The way I want to remember.

You.

Just being you.




Read more...

Friday, November 23, 2012

Less words..

Dear darling Irfan,

If you can't see anything new here,
I might be very busy preserving our story here :

instagram.com/zubyerusli

:-) :-)

Read more...

Wednesday, November 21, 2012

Kemaman Travelogue ~ A journey to remember :: Bila malam pekat datang ::

Nov 20th, 2012.
Rumah.
Malam. 

Hari tu mama dah letak suasana pagi yang dapat kita tengok dan rasa di sini. Hari ni mama nak bagi Irfan tengok dan ingat bagaimana pula rasanya ketika malam. Mama rakam gambar-gambar ni malam semalam, basically to record the night moment here in less than 15 minutes we've experienced. Suasananya yang dapat dirasai sudah pasti berbeza dari kebiasaan. Oleh kerana kawasan ni sangat baru dan tak ramai lagi orang yang tinggal, jadi malam sangat sunyi. Masa mama record ni, bunyi2 burung berkicauan cukup jelas kedengaran. Ada juga kedengaran bunyi bunyian yang datangnya dari ladang kelapa sawit yang terletak di sekeliling kawasan ni. Tak pasti pula mama bunyi haiwan apa itu. Yang mama kenal adalah bunyi cengkerik. Malam hitamnya pekat. dapat tengok bintang2 yang banyak di langit begitu jelas. Selalunya kita tak keluar malam, sebab jalan kampung waktu malam memang tak ada lampu, jadi begitu gelap dan kalau boleh kita nak mengelak melalui jalan ketika dalam gelap. kalau keluar malam pun, kena make sure paling lewat by 8.30 mesti dah ada di rumah.

Ha! ada satu malam mama ingat.. kita semua dah tidur (kat sini seawal kul 9 pun kadang2 kita dah boleh tertidur).. tiba2 mama terjaga tengah2 malam.. mama cuba cari jam nak tengok pukul berapa tapi tak jumpa.. jadi mama pun selak langsir atas kepala.. tiba2 mama nampak cahaya bulan yang cukup terang diluar tingkap.. betul2 dekat dengan kepala katil kita. Masa tu terdetik juga nak ambil kamera, nak rakam, tapi mama waktu tu rasanya lebih berminat nak tengok bulan tu lama2 dan menikmati 'connection'nya dengan mama. suatu yang mama tak reti nak explain in words.

Walaupun tak banyak aktiviti yang boleh dibuat pada waktu malam, selain menikmati alam sekitar dan merasai udara yang sejuk, pengalaman ini dah tentu akan menjadi sesuatu yang dirindui satu hari nanti. Jadi, ayuh kita nikmatinya, segala apa yang ada di depan mata. Lets us find the beauty from the ordinary things we've blessed to experience.



Ada side note sikit tentang fotografi  : Dulu mama selalu sangat mengelak untuk ambil gambar waktu malam. mama malas sebenarnya nak setting, due to lighting condition bila malam sangat tricky, and to control it manually kena lah rajin sikit to try and error. oleh kerana terlalu penat dulu  dan terkejar2 sebenarnya waktu siang, mama lupa yang malam juga menjanjikan moment dan peluang gambar yang cukup luas. peluang tu mama lepaskan begitu saja.

But since duduk kat sini, mama rasa i've found the new me.. Setiap satu perkara yang mama lihat di sekeliling mama, mama jadikan satu opportunity for me to be more creative and to explore the art in me deeper. Pada mama, bagi seorang fotografer, perkara itu adalah sangat perlu, memandangkan kreativiti dan inspirasi itu adakalanya begitu 'menghauskan' dan we struggle to find something new, we strive to be a unique artist, dan untuk mengecap 'keghairahan' itu kembali perlukan masa dan usaha yang tinggi.  We learned from time to time to stop looking, but start seeing. To create something meaningful for usual things we saw daily.  To make people see and feel something that they rarely see and feel in their busy lives. Mengekspresi vision yang ada dalam kepala kita dan membuatkan orang lain 'merasa' bukan boleh dilakukan separuh hati. Nanti bimbang, karya kita itu hanya 'kosong', kita ambil ribuan gambar, kita kongsi untuk dilihat oleh orang lain, tetapi orang lain tidak pun dapat 'rasa' dan tidak dapat tangkap apa sebenarnya yang kita hendak sampaikan. Lalu waktu itu bimbang sahaja, kalau hati merasa 'aku gagal'. (ok, irfan tak faham? takpe.. ni mama nak luahkan je.. nanti besar irfan akan faham sensiri)

I found the collection of few photos i captured last nite were among my favourite images i want to treasure for the rest of my life. This is how this place makes me feel, and how i feel about this place.  And one day, when you look back, the memories will always be with you, and you will feel the same way i do. Serenity. Peaceful. Intimate. and sooooo inspiring. 

Mama akan terus 'mencari' diri mama sepanjang kembara kita selama di sini, insyaAllah. And i'm very happy with the 'new' me!

Ok irfan. nanti sambung lagi. Ayuh bersiap untuk ke Pantai Kemasik lagi!

Love you to the moon and around the starts in Kemaman, and back!
~Mama. {and on behalf of Abah sekali. ngeee}

Read more...

Monday, November 19, 2012

Kemaman Travelogue ~ A journey to remember :: To be inspired once again ::

Nov 13th 2012.
Home, Air Jernih.
Pagi.



This one image of you really gets me inspired once again.
An image reminds me of serenity, peaceful, pure, hope and kindness.
I will blog about this more.
In the meantime, we need to continue our journey and hopefully we'll get the opportunity to learn more about this life and always be thankful of it.

Till next time.

~ Mama who loves you to bit.
 

Read more...

Saturday, November 17, 2012

Kemaman Travelogue ~ A journey to remember :: Simply love your life ::

Nov 12th, 2012.
Home, Air Jernih.
Petang.


We live only once.
Lets make the best of it.



Read more...

Kemaman Travelogue ~ A journey to remember :: One fine evening ::



Nov 12th, 2012.
Pekan Chukai, Kemaman.

Motorcycle hunting.




Read more...

Kemaman Travelogue ~ A journey to remember :: What moves me ::

Nov 11th, 2012.
Petang.
Pantai Kemasik revisited (for the 3rd time).



Read more...

Kemaman Travelogue ~ A journey to remember :: Be Thankful ::

Nov 8th, 2012.
Petang.
Pantai Kemasik, Kemaman.



Di saat mama menulis ini, Irfan, ingatan mama tidak lepas mengenangkan anak anak di Palestine yang tanpa simpati ditindas, dibunuh dengan kejam, yang hilang hak mereka sebagai kanak kanak. Perit hati. Pedih untuk di lihat.

Lain dengan Irfan di sini.

Di waktu irfan dapat berlari bebas seperti ini, mereka hidup dalam ketakutan.. Waktu irfan dapat mendengar deruan ombak yang mengasyikkan, yang menjadi halwa telinga mereka adalah bunyi bom dan senjata yang kedengaran. Semasa Irfan melompat keriangan mereka tidak tahu ke mana mereka harus pergi, tercari cari akan erti keamanan.. Ketika Irfan asyik melihat biru langit Tuhan, yang mereka faham, langit itu membunuh, yang datang darinya adalah titis titis cahaya api yang begitu menggerunkan. Waktu Irfan dalam dakapan mama dan abah, mereka kehilangan tempat bergantung. Hidup sengsara keseorangan tanpa pembelaan. Waktu Irfan bermain2 pasir, yang mereka dapat rasakan hanya debu2 kehancuran.. Irfan melompat dari satu batu ke satu batu, tetapi mereka bersembunyi disebalik timbunan batu bangunan demi menyelamatkan nyawa. Merah bukan lagi warna keriangan, melainkan titisan darah yang tidak berhenti.

Terlalu banyak rahmat yang Allah berikan pada Irfan di usia Irfan muda begini. Irfan dan kita hidup dalam keamanan, tanpa perlu berasa takut untuk ke mana-mana sedang sekumpulan manusia lain di sana pula penuh sengsara meneruskan sisa sisa usia mereka.

Maka cukuplah dengan yang itu untuk membuat kita bersyukur.

BERSYUKURLAH Irfan. Lihatlah dengan mata hatimu segala semua yang berlaku di sekelilingmu. Punyailah hati yang belas sesama makhluk lain. Syukur ada makanan untuk dipakai. Syukur ada air yang bersih untuk hilang kehausan. Syukur ada pakaian untuk menutup tubuh. Syukur ada rumah untuk berlindung. Syukurlah untuk perkara2 yang selalu kita anggap kecil tapi begitu besar maknanya buat mereka yang memerlukan.

Kalau kita tidak mampu untuk bersyukur dengan yang kecil, bagaimana kita mahu belajar mensyukuri nikmat yang besar2..? adakah dengan hanya mendapat yang besar baru kita tahu mengucap terima kasih Tuhan. Jangan sekali begitu, Irfan. Ucapkan alhamdulillah walau sekecil mana nikmat yang Allah kurniakan. Dalam hati Irfan sentiasalah merasa cukup walau yang sedikit.

Ingatlah. Ingatlah selalu kepada mereka yang kekurangan. Supaya itu mengajar Irfan berterima kasih kepada Tuhan. Doa. Doakan untuk anak-anak Palestine ini agar hidup mereka terbela, agar Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Kaya memelihara mereka.

Love,
Mama.

Read more...

Friday, November 16, 2012

Kemaman travelogue : A journey to remember :: It's not about the destination. It's all about the journey ::

Air Jernih; Kemaman.
Pagi.
Home.




Hidup ni banyak sangat rahsianya. Kita sendiri tak tahu apa rahsia yang telah ditetapkan untuk diri kita. Selagi bernafas, kita boleh berusaha, merancang dan berdoa. Tapi apa yang bakal berlaku sudah lama telah dituliskan untuk kita. Semuanya penuh rahsia. Buatlah yang baik2 untuk masa depan. Berdoalah yang baik2. Seperti yang dijanji, sudah pasti akan dimakbulkan. Cuma dalam bentuk apa, sifatnya seperti apa, itu sahaja yang kita tak tahu.

Begitu juga dengan peluang. Ada peluang datang berkali2. Ada peluang sekali sahaja datang seumur hidup. Jadi setiap apa yang berlaku dalam hidup, ada baik kita rasakan seolah2 ianya hanya sekali. Maka kita akan buat sehabis baik yang mungkin.

Bermula 6 haribulan lalu, kita berpeluang untuk ke sini. Satu daerah yang kita sendiri tidak pernah terpikir untuk menetap di dalamnya. Kita akur, dan gembira walaupun kita tahu pengembaraan ini tidak pernah kita jangka, hanya 2 bulan sebelum itu Mama sudah dapat 'hint2' nya. Alhamdulillah dengan peluang ini. Satu waktu untuk kita menimba pengalaman yang baru. Untuk melihat dan menikmati alam dari sudut kawasan yang berbeza, tapi dari Pencipta yang sama.

Melihat sesuatu yang baru, Merasai angin baru, atau pun panas atau hujan yang baru. Menikmati setiap yang berlaku disekeliling kita yang mungkin hanya dapat kita rasakan sekali sahaja seumur hidup. Lalu, insyaAllah, kita akan menikmati perjalanan ini bersama-sama sambil belajar melalui apa yang kita perolehi darinya.

Ini juga boleh dikatakan satu percutian buat Irfan dan Mama. Buat Mama yang sangatlah perlukannya memandangkan sudah kehausan inspirasi kadang2 hati merasa. Jadi betapa segar akal, hati dan fikiran bila dapat menempuh ini semua. Serasa semuanya baru :-) Untuk Irfan, ini percutian yang berbeza yang pernah irfan rasai. Tiada penginapan di hotel, tiada swimming pool yang selalu menjadi keinginan, tetapi kita tinggal dalam satu appartment yang cukup sederhana dengan keperluan asas yang ada.. kita dirahmati dengan udara yang nyaman, sejuk kala pagi.. bila pagi duduk di balkoni atau dari tingkap bilik boleh mengintai matahari terbit di hujung timur sana. merasai nikmat pagi dalam cuaca berkabus.. mendengar bunyi kicauan burung dan unggas dalam keheningan pagi... mendengar azan yang dilaungkan yang cukup jelas sekali dari surau di bawah.

Ini semua pengalaman.
Ini semua pelajaran.
Apabila kita melihatnya dengan mata hati, pasti kita dapat merasa rahsia disebaliknya.

Semoga Irfan terus menimba ilmu sepanjang kita di sini.

* Tentang gambar : Suasana pagi dari rumah kita di sini. Mama ambil pada waktu yang berbeza-beza, hari yang berbeza2. Irfan lihatlah perbezaan cahayanya, suasananya, warnanya, keindahannya. Bukan kah itu membuatkan kita berfikir...? Syukurlah..

Love,
Mama.

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP