Your childhood memories.
Tentang kamu.
Ini sesuatu yang kalau boleh mama nak Irfan ingat sampai Irfan besar.
Satu hari di bulan Ramadhan.. Irfan merayu2 minta nak jual karipap dekat sekolah. Semua kita tahu Irfan kalau tanya nak jadi apa sok, Irfan jawab 'tauke'.. hari itu tiba2 pulak irfan nyatakan hasrat nak berniaga kat sekolah. {kami fikir cepat sangat Irfan nak jadi tauke nih agaknya.. hehhe}
Mama tanya kenapa?
Irfan cakap.. Irfan nak ada duit.. nanti Irfan nak sedekah duit tu kat orang susah.
Mama terdiam. Terus nyatakan pada Abah. Abah pun bersetuju.
Maka ini lah pengalaman pertama Irfan berniaga. Kami hanya menyokong, lebih2 lagi bila kami tahu niat di sebalik itu adalah sangat murni.
Balik sekolah, duit hasil jualan pertama tu Irfan kata separuh Irfan punya, separuh lagi untuk orang susah.
Irfan dear,
Mama dan Abah akan sentiasa menyokong apa sahaja minat Irfan, apa Irfan mahu jadi kelak.. asalkan perkara itu baik untuk Irfan, untuk keluarga Irfan lebih2 lagi untuk agama Irfan.
Kalaulah betul Irfan sok nak jadi 'tauke' seperti yang Irfan sebut2 selalu tu.. mama mahu pesan, janganlah duit sahaja yang kita kejar kejarkan. Kalau Irfan ada sedikit, Irfan kongsilah yang sedikit itu dengan orang lain. Kalau Irfan ada banyak, apatah lagi, kongsilah yang banyak itu dengan orang lain. Moga Irfan, Mama, Abah dan kita semua sentiasa di hidayahkan untuk memberi sesuatu yang kita sayang kepada orang lain, kerana di situlah kemuliaan seorang insan. Rezeki yang diberi Allah bukan untuk kita seorang. Ia untuk kita sama2 dapat merasa.
Mama dan Abah harap kekallah niat suci Irfan untuk menolong orang susah tu sampai bila2. Tidak kira sok Irfan nak jadi tauke ke.. cikgu ke.. fotografer macam mama ke.. atau apa sahaja. Moga dapat Irfan membantu orang yang memerlukan selalu.
Mama dan Abah sentiasa mengiringi perjalanan hidup Irfan dengan doa kami, In shaa Allah.
Lebiu!
Read more...