Thursday, June 25, 2009

Drama

Acik dan Ucu Didi ada kat rumah sekarang derang cuti2.. derang datang dari Kuching.. so Irfan seronok lah ada orang kawan ngan dia kat rumah selain mama :p. Maka 2 hari ni dia pun dah bikin drama.

Semalam..

Mama: Irfan bangun! pegi school jom!

Irfan : Don't want. Irfan cuti la hari ni.. Irfan kena cuti pegi rumah nenek.

Hari ni..

Irfan: Mama, tadi kan.. Irfan nampak kan.. teacher Ita dia balik rumah.. hmm.. lepas tu dia pegi eat.. lepas tu dia duduk rumah.. tak pegi school, mamaaa..

(padahal baru je celik mata tu baru bangun tido)

Mama : ish.. irfan mimpi ni..

Irfan : Tak.. betul teacher tak pegi school.. dia balik je...

Mama : Dah.. dah jom siap kita pegi school..

Irfan : Mana ada orang dekat school!!

Mama : Irfan yang takde.. bukan orang yang takde!

Irfan : Hahahahah! (sambil buat muka cheeky)

Tapi minggu ni mama amik dia awal sket dari school.. lepas dia lunch mama gi amik.. lepas tu bawak derang bertiga ni jalan2.. tapi semalam tak jalan sebab mama punya work menimbun.. ingat malam lepas babah balik baru nak gi jalan.. tapi PakLong dah amik ucu ngan acik gi tengok wayang petang semalam.. Kami berdua tunggu babah dulu then baru gi Alamanda. tengok wayang gak.. tapi bukan Transformer sebab tak sempat .. dah full house.. kitorang tengok Terminator je.. Hari ni tghari sket kang gi amik Irfan then bawak derang ikut mama buat keja2 gambar,.. gi cuci gambar.. amik album etc.. hmm.. seronok hidup macam ni.. buat apa yang kita suka... kerja yang merupakan passion kita.. dan yang penting masa lebih dengan anak :-)

Ok.. ni gambar hiasan..

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

Irfan's school progress : For Term 1

Isnin lepas hari pertama dia jejakkan kaki ke sekolahnya tu selepas sebulan break. 2 minggu cuti chicken pox, lagi 2 minggu sambung term break... wah kemain anak mama cuti panjang.. tapi dalam cuti hari tu selalu gak dia sebut nama kawan2 dia..

Penangan rindu kat school dan kawan2 hari tu.. maka hari isnin sampai tadi sangatlah mudah dia bangun pagi tanpa ada aksi 'peperangan' di pagi hari.. hehehe..semangat sungguh laa dia nak gi school. Siap suruh mama keja lama2 petang2 nanti baru pegi amik dia.. hihhihhi.. and mama pun dapatlah buat keja dengan tenang sket semasa dia gi school tu kan..

Balik kul 3.30 mama gi amik kat school.. tanya irfan camne.. teacher kata kemain lagi irfan semangat dari pagi sampai ke petang.. start from circle time dok menyanyi, baca doa.. kemain kuat suara dia.. and 1st day budak2 pun takde mood nak belajar lagi masing2 sibuk nak citer buat apa masa cuti hari tu.. kawan2 dia pun tanya kenapa dia cuti lama hari tu.. dia pun siaplah bagitau dia kena chicken pox siap buka baju suruh kawan2 dia tengok kesan chicken pox kat badan dia LOL!

Actually a day before the term break hari tu ada parents-teachers day. Hari tengok progress report anak masing2.. tapi we couldn;t attend due to his chicken pox yang betul2 belum baik.. taknak lah mama jangkitkan kat anak orang lain pulak kan :p

So.. last monday mama took the opportunity to see his class teacher and to discuss with her bout Irfan's progress and most importantly to see his progress report ala2 report card la.. hehhehe.. oleh kerana mama sorang je parent hari tu yg nak tengok the progress report so teacher pun adalah masa nak meng entertain mama lama2 skit.. and dapatlah mama penerangan terperinci from his teacher sebab teacher terangkan secara detail page by page report dia tu.

Basically for Irfan age (consider 4 walaupun he'll only be 4 in sept), mama tulis sket personal notes kat sini apa yang dia belajar (based on the report) Semua ni teacher graded as I:Introduction, NP:need practise, MP:making progress and C:competent.

Exercise of Practical Life yang dia belajar is about :

1- Preliminary Exercise & Ground Rule
- ni yang basic rule like how to walk in class, talk in classroom, carry a chair,apparatus, respect the work space etc. Yang ni mostly teacher graded him as C and ada dua yang still MP.

2- Life Skills:
Pouring/transferring & sorting activities
-macam pouring large bean and water into jug, rice with spoon,water with sponge, glue and paste etc. For this he got variety mark from NP, MP and C.. hehhe.

Opening Closing & Threading Activities
- yang ni macam open and close 3 size of bottles, boxes, nuts and bolt, padlock and keys, large and medium beads of shoelace. Ni pun sama ada yang MP and C and yang sholace tu belum pakar lagi.. dapat I.. hehhe

Cutting Activities
-yang ni fav dia nih.. yang ni belajar how to hold and handle scissors.. yang tu dia dapat C.. hehehe.. cekap and cara2 potong straight lie, zig zag, curve line etc.. he still got I..

Gross Motor Skills
- yang ni pun antara favourite.. hehehe.. like jumping, running, climbing, skipping, hopping, throwing, catching, etc.. mostly dapat C.. hehehe dah nama pun budak kan.. memang part nilah yang palng derang master pun rasanya :-)

3- Care Of Self
-yang ni basically belajar camne nak handle diri sendiri like put on/takeoff shoes dengan betul, roll/unroll socks, tuck in/out shirt, washing and drying hands.. ha yang part ni dapat C.. hehehe


Sensorial: yang ni a montessori technique using the apparatus provided in the class.

Visual Perception of Size and Dimension
- Salah satu activity yang menarik dia belajar to achieve this target is How to Build the Pink Tower.. teacher tunjuk lah tower tu kat mama hari tu.. derang belajar cara nak susun the different sizes of cube from big to small sampai dapat membentuk sebuah tower. In this class he learns the vocab and comparison between the shape, big/small.
Broad Stair: he learns the comparison between broad/ narrow
Long Rod : belajar beza long/short
Knobbed Cylinders : yang ni dia kena masukkan diffrent sizes of cylinders ke dalam lubang yang betul.. nampak senang tapi ada cara2 yang dia belajar untuk masukkan ngan betul and camne nak match the cylinders dengan lubang yang betul.. started from touch, feels them in their hands, compare the size, etc.

Visual Perception of Colour & Form
- yang ni menggunakan box, matching and naming the box.. pastu beljar tone colors based on the colours of the box

Overall, for sensorial class.. Irfan marked as MP (making progress).

Beside all above, ada jugak dia belajar subject lain macam language: BM & BI yang ni belajarlah ABC.. writing,tracing & identifying sound of each letters, phonics, colouring the object based on the letters. Mostly, Irfan got Competent mark in this. Tapi yang paling mama nampak.. his colouring skill sangatlah banyak improve since his 1st day at school til now. kalau dulu tak tau apa biji butir dia kaler.. now dah ada improvement color cantik2 and pakai kaler yang betul ikut object yang dia nak kaler.. kaler pun dah neat takde terbabas2 kuar allignment sangat dah.. heheh

Mathematics.. for 1st term derang belajar 1-10. Mama nampak irfan have a great interest in math as kat rumah dia suka main kira2 ngan mama & abah while we are doing our daily activities.. misal kata kalau mama tengah masak.. nanti dia amik bawang.. and he put altogether.. then he started to count how many onions are there.. then dia separate dua quantity bawang tu.. then we'll play campur/tolak from that. Dengan babah selalu test dia campur tolak pakai jari2 abah :-) Kat rumah pun kadang2 kalau rajin malam2 dia suka suruh mama ajar dia mathematics using his grolier Fun Thinkers/ Logico Primo set.. Dekat sekolah lak.. for math, macam biasa derang belajar tracing, recognising, counting etc. For this Irfan marked as Competent.

Lain2 subject macam cultural studies, nature studies, and science. Yang science ni selalu gak mama prektis pakai environment sekeliling, misal kata to compare between living thing and non-living things.. contohnya bila kuar jalan2 terjumpa flowers ke birds ke.. tanya dia tu living thing or non-living thing pastu pegi kedai makan ada meja ngan kerusi.. tanya dia lagi.. basically mama and abah galakkan dia belajar tru his environment. Macam awal2 dulu masa nak ajar dia shape.. masa dia naik beskal tunjuk kat tayar.. apa shape tayar tu.. kat handle/pedal tanya apa shape dia.. bakul pulak apa shape dia.. then tupperware kat umah pun habis jadi alat bantuan mengajar dulu.. hehhehe.. kalau pegi mana2 dalam kereta.. kalau nampak je apa2 yang dia tahu, dia akan pretikkan dan terus bagitau kat mama ngan abah.. same goes to introduce him colours dulu.. semua pakai barang2 kat umah je.. introduce him textures etc.. semua based on apa yang dia nampak and boleh pegang hari2.



For Islamic studies, Irfan buat masa ni kat school ada belajar Pillars of Iman.. mostly based on nasyid la.. pastu ada belajar hafazan surah. Alhamdulillah buat masa ni dia dah boleh hafal Al-Fatihah, An-nas, dan Al-Ikhlas.. tapi still needs improvement on sebutan tu.. Al-Falaq masih belum hafal lagi. Untuk Doa2, basic doa seperti doa sebelum belajar, doa makan dan doa selepas makan alhamdulillah dia dah hafal. Untuk bacaan dalam solat, dia dah hafal bacaan rukuk dan sujud. Doa Iftitah dah hafal separuh.. separuh lagi masih dalam usaha menghafal.. Yang ni normally selain kat sekolah, mama practise dia kat rumah esp lepas solat maghrib. Before dia start mengaji tu.. mama test dia with all the doa then mintak dia baca surah2 yang dia hafal dan bacaan2 dalam solat. Lepas tu dia akan teruskan ngan mengaji. As for mengaji, kat rumah dia dah lancar Iqra 1 sampai mukasurat 3. And mama keep repeating that sampai dia betul2 fasih, lancar, kenal dan ingat baru boleh tukar mukasurat lain.






Kat school pun ada belajar Arabic language.. tracing arabic letters and ada vocab in arab jugak. And macam biasa ada segmen art and craft pasti tak ketinggalan. (one of his fav subject) kalau katumah memang pengsan lah melayan kebersepahan yang dia buat sebab nak berseni sangat tu.. hehhe..

Dan for K1 class (4 yrs) takde homework kena bawak balik.. yeahoo! tu yang penting.. kang pressure anak i kecik2 dah ada homework u :p

So far, itulah pencapaian Irfan selama 6 bulan dia pre-school ni.. Alhamdulillah memang nampak kemajuannya. For mama and abah, for his age kami taknak paksa dia lagi supaya mesti boleh pandai membaca.. takdelah target umur 4 tahun dia mesti dah pandai membaca.. hehhe.. tak.. kami tak kisah.. tapi kami tetap berikan galakan kalau dia ada minat ke arah tu..i know, he still has plenty of times to achieve that. Setiap ibu bapa berlainan cara mereka.. and pada kami its too early to force him to know how to read, to master in ABC 123 etc. We believed, he still got 2 more years in pre school until he master in reading. Kalau dia dapat awal daripada tu.. alhamdulillah.. it's a bonus for us.. Cuma buat masa ni.. kami lebih menumpukan kepada cara membentuk keperibadian and sahsiah diri dia.. macamana dia nak menguruskan diri dia sendiri, macamana dia perlu berdikari, macamana nak mengumpul keberanian dan keyakinan dalam diri dia..macamana dia berhadapan dengan orang ramai.. macamana dia belajar how to obey and respect others, how to share, how to communicate, how to socialize.. selain belajar skill2 lain based on the montessori technique yang teachers ajar. Selain daripada tu nak bagi dia free to choose and do what he likes to do. We just wanted him to enjoy,menikmati & menghargai setiap saat dia bernafas kat muka bumi ni.. melalui apa yang dia lihat, dia rasa, dia experience and apa yang dia perolehi and yang paling penting nak mendidik agar dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada dan menyemai sifat kasih dan sayang yang ada dalam diri dia. :-)

Ok lah panjang sangat kali ni.. tiba2 rasa sedih pulak.. sebab bila saya dah tulis semua ni.. baru mama tersedar yang masa tu berlalu begitu cepat.. anak pun dah membesar dan macam2 perkara yang dia dah boleh buat dan dah pelajari dan macam2 juga yang masih dalam progress dia belajar. Alhamdulillah so far.. tidak sukar membesarkan Irfan. Hanya kami berdoa agar lebih senang lagi untuk kami menjaga dan mendidik dia di masa akan datang, InsyaAllah.

Oklah.. last but not least.. ni mama quote his teacher's general observation towards Irfan yang dia tulis kat column paling last at his progress report. Nanti.. dah besar, boleh lah dia baca balik ni semua :-) So this is what Teacher Nurul wrote :

"Irfan is a well mannered child. He able to socialize well his peers. He takes a great interest in reading, writing and counting. He likes to sing in the class. He adopted montessori environment and can follows the ground rules and participates well during group presentation. He gives a good influence and example to other students in his class. However, he requires more practise in handling the materials and needs to be reminded to listen to instructions. Furthermore, he needs help in completing his work. He also enjoys on the outdoor/field activities."

To Irfan, Mama and babah love you very much! Well done on your great achievements son! We are proud of u :-)

Read more...

Monday, June 15, 2009

Big child o mine!

Setiap hari lalu depan zink ijau berhampiran dengan umah ni.. mesti mama dok tanya irfan..

"nanti kiter amik gambar kat sini ye irfan.. mama suka"

dan satu petang minggu lepas, selepas banyak kali bertangguh baru lah kami kuatkan semangat ke tempat nih.. tempat nya dekat.. malas je lebih.. lagi pun tepi jalan.. kang orang lalu lalang pelik lak tengok apalah dua beranak ni buat kat situ.. :p

Semua aksi2 Irfan ni dia buat sendiri.. mama just cakap..
"irfan buat je lah apa yang irfan suka.."
Lebih2 lagi memang mood dia sekarang suka ambik gambar so mama pun layan jee.. dalam hati mestilah suka kan sebab takyah paksa2.. dalam pada amik gambar tu.. boleh spend quality times dengan dia.. dengar cerita2 sambil snap dia posing.. mulut bising tu.. tengah2 pose tu sempat lagi dia citer macam2.. tapi paling kelakar bila part dia cakap..

"Mama.. ramai nya orang lalu.. semua orang tengok Irfan la mama. Malu Irfan.." LOL!

hai... tengok gambar2 ni.. baru nampak how big my child is now :-)

ps: buat mami aqish.. jangan sakit hati ye mamiiii :p

















Read more...

Wednesday, June 3, 2009

Irfan in 13 squares


Read more...

Monday, June 1, 2009

Orang Tua

Dalam satu perjalanan dalam keta.. Irfan mintak nak minum air kopi tongkat ali yang diminum oleh babah nya

Irfan : Nak minum ni!
Babah : Tak boleh. Ni air orang besar. Irfan budak kecik
Irfan : No! I'm a big boy!
Babah : Ok, Irfan big boy. tapi ni air untuk orang tua je..
Irfan : Ok

the other day..

masa tengah nak pakaikan baju dia lepas mandi.. Dia insist nak baring.. macam baby nak pakai pampers tu.

Mama : Irfan, bangun lah mama nak pakaikan baju ni.
Irfan : I'm a baby, mama.
Mama : you're not a baby anymore. you are a big boy now.
Irfan : Ok, I'm a big boy. Tapi Irfan bukan ORANG TUA!
Mama : ??

LOL!

Read more...

Tuesday, May 26, 2009

Senja di Kundasang

Romantiknya senja di Kundasang..
Kenangan indah menonton sunset bersama2 yang tercinta.. manakan dapat dilupakan sampai bila2.. ewah :p





Read more...

Kinabalu Pine Resort

Dari cabin P2, Kinabalu Pine Resort.
Menikmati keindahan petang dan kedinginan udara di Kundasang sambil menghirup nescafe panas, makan pisang dan minum susu segar yang dibeli di Desa Dairy Farm.

oh~ nyamannya petang itu.















Read more...

Desa Dairy Farm Kundasang

Ok masa untuk gambar2 pula..
Gambar2 yang aku letak nanti ni takkan ikut susun atur waktu kejadian.. hehehe..
jadi mari kita mulakan dulu dengan melihat lembu2 cantik bewarna putih dan hitam ini dulu k. Kata orang macam New Zealand suasananya.. kata kamu? Bagaimana pula?


Signboard tempat masuknya. Kalau tak perasan memang tak jumpa





apalah lembu ni dok sekor2 kat situ.. cam majuk ke ekkeeke

Jalannya berliku. Tapi panoramanya indah

itu dia keta kelisa yang kami sewa.


lembu2 comel sedang beratur menunggu giliran masing2 untuk di perah susu



Pemprosesan susu

Read more...

Catatan perjalanan.

Oh Sabah yang menggamit hati ~ hehhe cepatkan aku update kali ni.. huhuhu bukan apa.. kalau lama2 nanti.. ntah tak tau kan bila nak diceritakan.. jadi.. semasa masih segar baik aku catatkan di sini tentang perjalanan kami kali ini.

Sebelum itu. Awas! Ini adalah versi cerita :-)Ini panjang sikit.. jadi sesiapa yang rajin bolehlah baca.. yang kurang rajin nanti boleh lihat gambar saja :D Gambar2 di entry sebelum ni. Harap maklum.

Sabtu 23rd May 09

Perjalanan udara dari KL ke KK memakan masa selama 2 jam setengah. Kami bertolak pukul 6.50 pagi. Landasan airport KK berhampiran dengan laut. Jadi semasa plane hendak mendarat.. kecut2 lah perut aku melihat saujana laut yang terbentang luas di bawah tu.. :p. Kemudian kami ambil teksi untuk ke bandar KK kira2 10 minit dari airport. Client check in kan kami hotel Tang Dynasty di tengah2 bandar KK. Setelah jumpa dengan client kami terus ke bilik untuk berehat2.

Pukul 1.30pm Kak Nor, pemilik kereta sewa sudah tiba di lobi hotel. Dia membawa kami ke rumahnya untuk mengambil kereta sewa kelisa yang akan kami gunakan. Sepanjang perjalanan, mata dihiasi dengan laut yang meluas di tepi jalan. Cantik. Kemudian kami melalui Masjid terapung Likas. lebih kurang 15 minit sampai di rumah Kak Nor. Lepas ambik keta.. terus pergi ke Nexus Resort karambunai, tempat photoshoot client nanti. Resort itu letaknya kira2 45 minit perjalanan. Sampai di sana client belum sampai lagi. Jadi kami round2 dekat kawasan golfnya dan singgah sekejap di Nexus Lagoon.

Aduhai... cantik sungguh Nexus Resort. Kawasan resortnya sungguh besar.. landscapenya cantik. Lautnya bersih.. pasir pantainya putih. di tepi pantai di bawah pokok terdapat kerusi2 untuk merehatkan badan.. dan beberapa pondok massage yang dihiasi dengan kain putih.. Badan yang letih pasti segar melihat dan berada di tempat seperti itu. Memang tempat yang cantik untuk ber photoshoot.

Jumpa client.. seronoknya jumpa dengan kawan lama yang 20 tahu nlebih kot tak berjumpa :-) photoshoot petang itu alhamdulillah berjalan lancar. Lega juga kerana cuaca amat baik petang itu.. jadi setiap pelusuk hotel cuba kami terokai untuk merakamkan gambar2 yang cantik. Itupun tidak dapat nak cover semua sebab kawasannya yang terlalu besar.

Tidak banyak gambar Irfan aku ambil di Nexus.. sebab masa dihabiskan untuk ambil gambar client sahaja petang itu hinggalah ke senja.. Bila senja sudah gelap. Adalah beebrapa keping gambar Irfan yang di ambil masa awal2 petang semasa tunggu client sampai.

Sesudah photoshoot kami bergerak semula menghala ke KK. Kami singgah di Restoran Kampung Nelayan untuk menikmati hidangan seafood. Yelah.. tidak sah pula kalau datang ke Sabah andai tak dapat menikmati makanan lautnya yang sedap dan agak murah dari Semenanjung kan. Kami order.. yer.. dengar ni.. kami order apa ye.. sayur.. err.. alamak sayur apa yer.. lupa lah pulak.. esok saya tanya hubby saya sayur apa.. sebab dia dah tidur now.. hari tu dia yang order semua food.. saya tau makan je.. hehhe.. ok lagi.. udang masak sos hitam, Ketam bunga goreng ikan masin, Kepah masak cili. hidangannya setiap satu umpama untuk 4 orang makan. Itupun aku ada hati nak suh hubby orderkan oyster kegemaranku itu..huhuh.. Jadi mari kita bayangkan bagaimana kami anak beranak menghabiskan makanan pada hari itu.. memang simpan perut dari siang.. sebab mengikut itenary yang aku dah siapkan dari KL.. ada acara makan besar besaran di KK nanti.. huahuahua.. Sambil makan.. kami menikmati persembahan rakyat dari penduduk tempatan.. Sungguhlah happening.. dari tarian sumazau.. bamboo dance hinggalah menyumpit semuanya adoo :D

Setelah perut kenyang mestilah senang hati kan.. kecuali si kecik yang sudah mula meragam.. di bantainya berbaring di tempat makan.. takpe.. kami rela.. asalkan kami tak membazir makanan yang dibeli tu.. hehe.. jadi semasa kami bersusah payah menghabiskan makanan, Irfan berbaring di atas kerusi.. cian dier.. ekekke.. dia dah kenyang makan.. ada ke suh mama ngan abah makan cepat2.. mana boleh nak oii.. bagilah kami nak makan dengan tenang itik berenang.. :p

Kemudian kami teruskan perjalanan ke KK. Actually ada appoinment ngan abang ipar aku lagi tu.. iaitu abang kepada hubby aku.. tapi demi memujuk Irfan yang tengah rawan.. yang asyik kata nak balik hotel nak balik hotel dari tadi jadi kami pun baliklah kejap ke hotel.. siap2 kan dia.. budak tu baru baring.. Pak Longnya dah sampai kat bawah.. jadi dengan dia berbaju tidur kami meneruskan perjalanan sang pengembara keliling bandar KK pula.. singgah di night market.. dapatlah habuan seutas dua mutiara :p ekekke.. takde mood sikit aku nak bershopping dengan keadaan Irfan yang merengek2 masa tu kan.. kesian dia.. jadik hubby sahajalah yang memilihkan untuk ku.. dan ibuku mutiara yang hendak di beli.. wah untung juga begitu.. ekkeke.. sebenarnya aku pun dah hampir2 lembik sebab dari siang tadi belum berehat. Lepas tu kami pun balik hotel dan tidur sampai ke pagi.

Ahad 24th May 09

Selepas breakfast kami checkout terus. Perancangan awal sebenarnnya adalah patutnya hari tu kami check in di Nexus Karambunai pula.. tapi memandangkan irfan masih ada lagi saki baki chicken pox nya tu.. terpikir pulak mungkin tak banyak aktiviti yang boleh dia buat nanti.. abahnya dari KL lagi sudah cakap Irfan tak boleh mandi pool, tak boleh masuk laut.. jadi.. takut lah pulak air liurnya meleleh nak mandi laut ngan pool kat situ nanti.. maka marilah sama2 kita ubah plan tu ke tempat yang lebih nyaman.. sesuai untuknya.. ewah!

Rugi pula rasa andai sudah sampai ke Sabah tapi tidak dapat melihat gunung Kinabalu.. sebab bukannya selalu dapat ke sana kan.. Jadi langkah di atur ke Kundasang Sabah, daerah terletaknya gunung tertinggi di Asia Tenggara itu (betulkan? kalau salah sila betulkan sebab geografi saya PMR dapat B). Kami melalui daerah Inanam, Menggatal, Tamparuli sebelum sampai ke Kundasang. Sampai di Tamparuli singgah sekejap di Jambatan masyur di situ iaitu jambatan tamparuli.. ala.. yang ada marsha nyanyi kat konsert AF dulu tuuu :p cuak gak aku naik jambatan tu.. kecuali Irfan yang boleh syiok2 berlari atas tu.. aduih bergoyang2 jambatan tu dibuatnya..

ok.. lepas amik2 gambar.. perjalan pun diteruskan ke Kundasang.. dari Tamparuli ke Kundasang.. perjalan agak berliku2.. dan melalui lereng2 bukit.. ye lah.. kan kiter hendak ke kwasan tanah tinggi.. tetapi dari bawah ke atas rasa segalanya berbaloi.. sepanjang perjalanan dihiasi dengan permandangan cipataan Tuhan yang sungguh indah! Hijau saujana mata memandang.. bukit bukau sekeliling perjalanan kami.. dan sayup2 kelihatan rumah2 kecil penduduk tempatan berada di celah2 bukit. Awan pun penuh menyelimuti langit nan membiru. Masa dalam perjalan.. sudah nampak gunung Kinabalu yang menyambut kedatangan kami. Pagi itu agak baik, awan tidak meyelimuti seluruhnya gunung itu.. jadi kami masih dapat melihatnya..

Kira2 2 jam perjalanan dari KK ke Kundasang.. akhirnya kami sampai di daerah tenang, dingin lagi mendamaikan itu.. angin bertiup sejuk sudah terasa di kulit kami. cantik suasana permandangan kampung ini. Di tepi jalan di pekan kecil Kundasang terdapt kedai2 yang menjual sayur2 segar.. kami terus ke Kinabalu Pine Resort untuk check in di situ. Dari entrance di bawah hotel.. aku lihat permandangannya.. aku tahu pilihan aku ni satu yang tepat. Cantik! penuh dengan pokok pine dan bunga berwarna warni. Kabinnya di jaga cantik. Rapi. Kami dapat bilik betul2 berhadapan dengan gunung Kinabalu. Jelas di pandangan mata kami. Alhamdulillah :-) Udara di situ sungguh segar dan sejuk.

Lepas letak2 bag.. dan buat apa yang patut.. kami teruskan perjalanan untuk melihat kawasan persekitaran dengan menaiki kereta yang kami sewa itu. Mula2 kami ke Kundasang War Memorial park yang letaknya tak sampai 5 minit pun dari hotel :p. Memorial Park ini di buat sebagai mengenang askar2 british dan Australia yang terkorban semasa menjadi tawanan dan buruh paksa oleh pihak tentera Jepun satu ketika dulu. Dalam tu adalah dia tunjuk video tentang sejarah tempat ini.. park ni berkonsepkan taman2 Inggeris.. dan di atas sekali terdapat satu kawasan macam anjung tinjau.. cuak jugak tengok.. sebab tempatnya terbuka..

Lepas puas tengok2 taman tu.. kami turun bawah dan teruskan perjalanan dengan kereta untuk ke Dairy Farm pula. Masa sampai di situ macam tak percaya pulak Malaysia ada tempat macam tu.. seolah2 kawasan ladang lembu dekat New Zealand pula.. yang ni.. memang sangat2 susah aku nak cakap dalam perkataan.. sebab tempatnya sangat2 lah cantik. Di kelilingi bukit bukau di persekitarannya.. terdiam dan ternganga aku dibuatnya.. dengan keadaan masa tu yang dah mula mendung.. memang inilah yang menggamit hati aku ketika berada di situ.. Kami juga sempat melihat bagaimana lembu2 yang banyak itu beratur untuk diperah susunya.. banyak lembunya!! terkejut kami.. dan kami dapat pula melihat susu diproses sehingga dimasukkan ke dalam kotak untuk dijual.. Kami pun ada membeli satu kotak susu itu yang diberi nama "Susu Desa". Ketika melihat susu diproses, hujan rintik2 pun turun menambahkan lagi kesejukan.. dan mencantikkan lagi suasana ladang itu.. kesian pulak tengok lembu2 yang banyak itu basah bermandi hujan.. kekeke.. tapi mereka comel..hihihi..

Oleh kerana sudah hujan maka kami teruslah ke kabin tempat penginapan kami.. duduk di beranda kabin sambil menikmatai nescafe panas menunggu hujan rintik reda.. mata terpaku di kawasan bukit bukau dan gunung. Awan penuh.. kawasan hijaunya basah. semakin mendung semakin cantik. Kami duduk di beranda tiga beranak.. tenang.. selesa.. dan bahagia :-) sesekali kami berlari kedalam bilik berguling di atas katil kerana tidak tahan dengan kesejukan di luar.. puas berguling.. keluar beranda semula.. sambung menikmati keindahan alam.. dapat juga kami melihat sunset di kaki gunung Kinabalu pada hari itu. Sunset paling indah dalam hidup kami bertiga :-) (wah! sudah masuk bab jiwa2 :p.. jangan mare... sapa yang ada kat situ mesti mempunyai perasaan yang sama..hehhe)

Malamnya sudah tidak hujan.. tapi sejuknya tetap aduhaii... kami dinner di hotel saja.. sebab pakej yang kami ambil tu ada siap breakfast dan dinner. Makanannya so so saja. Lepas makan.. berjalan2 di sekitar hotel. Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu malam di situ. Jadi lebih baik naik bilik berehat di dalam bilik pula.


Isnin 25th May 09

Subuh di Kundasang sangat indah. Aku bangun se awal 5 pagi untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan matahari terbit di awal pagi di situ.. dan ingin menyaksikan gunung Kinablu dengan lebih jelas.. kerana pada waktu pagilah kita dapat melihat gunung itu dengan jelas sebelum ia terlindung dek awan. Dapat pula aku ambil gambar suasana pagi di situ.. dengan diiringi sahutan ayam berkokok dan bunyi burung bersiul dan unggas sebagai background.. hehhe.. sayup2 saja bunyinya.. lama betul rasa tidak mendengar kokokan ayam menyuruh kita bangun pagi.. ekekeke.. Lepas tu awal2 pagi lagi sudah kedengaran muzik tradisional dimainkan.. aku tak berapa sure dari mana datangnya.. mungkin penduduk di situ yang mainkan. Syukur.. panjang umur aku dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Aku teringat ibu dengan ayah aku ketika di situ.. Alangkah best kalau mereka ada bersama2..

Masa untuk pulang ke KL telah tiba. Cepat betullah masa berlalu.. sebenarnnya tak puas lagi kamu di situ.. Ada banyak lagi tempat yang belum pergi di Kundasang contohnya seperti Kolam Air Panas Poring, Kinabalu Park, Sabah Tea Garden, dan Rose Garden.. tapi apakan daya.. terpaksalah balik jugak kan :-) Dalam perjalanan balik dari Kundasang ke KK.. kami singgah sekejap di Pekan Nabalu.. untuk membeli sedikit kraftangan dan cenderahati untuk keluarga di KL. Dan perjalanan pun diteruskan ke KK. Singgah di rumah Kak Nor untuk pulangkan kereta.. dan Kak Nor hantar kami ke KK. Di KK Along sudah menunggu dan kami terus ke Pasar Filipin untuk membeli ikan masin, udang kering, ikan tamban dan beberapa makanan kering yang lain. Tidak sempat untuk membeli barang2 basah. Frust :-( Tapi apapun.. Alhamdulillah sejauh ini perjalanan kami.. banyak yang kami telah perolehi. kemudian kami singgah sekejap di satu kawasan yang banyak jual air kelapa muda.. lepak sekejap hilangkan penat sambil minum air keapa muda. Selesai urusan terus ke Airport KK untuk berangkat pulang ke KL.

Ikutkan hati memang ada banyak lagi tempat2 menarik di KK yang tidak sempat kami lawati.. contoh yang paling aku nak pegi sangat adalah seperti Gaya Island dan beberapa island berdekatan yang lain yang lokasinya hanya 10 minit sahaja dari Jeti Jesselton di KK.. dekat sangat kan?? kalau kat semenanjung ni.. nak pegi island2 yang cantik kenalah ke pantai timur.. lepas tu jauh pula tu pulaunya.. huhuhu.. tak mengapalah.. mungkin kalau ada rezeki di lain kali dapat pergi pulau2 di Sabah pula.. dapatlah pula snorkeling sampai hitam legam pulak hendaknya :D

Kalau ada kawan2 yang hendak ke Sabah.. peruntukkanlah sedikit masa ke Kundasang.. Sangat tenang tempatnya.. jauh dari hiruk pikuk kota.. saya tidak tahu orang lain. Tetapi bagi kami anak beranak memang sukakan tempat yang sebegitu. Tenang fikiran jadinya. Pergilah. Mungkin penat sikit perjalannya yang memakan masa sehingga 2 jam.. Tak mengapa.. hayati setiap detik yang berlalu itu bersama keluarga tercinta.. Apabila sudah sampai di sana nanti, InsyaAllah kalian tak akan kecewa :-)

Oklah.. sekian dulu catatan perjalanan aku sekeluarga ke Sabah. Insya Allah ada rezeki.. ingin aku pergi lagi :-) Kalau ada kawan2 yang nak pergi tu.. moga2 dapatlah serba sedikit maklumat dari jurucakap tak bertauliah ni ye :p

Gambar jangan cerita.. ilang akal banyaknya.. nanti kalau saya tak pening.. bolehlah kot selit2 letak gambar lagi.. buat masa ni.. tengok yang di bawah tu dulu ye.. dan kalau penulisan saya ni banyak typo error maafkan je lah ye.. maklumlah.. sambil pejam sambil menaip nihhh.. tak pernah dibuat.. balik bercuti belum tido belum apa.. terus mengupdate.. ye lah.. bukan tak tau.. kang simpan2 takut jadik pekasam pula :p

ok.. kesimpulannya, sapa yang malas nak baca panjang2 kat atas tadi tu ni aku ringkaskan..
kalau ada rezeki ke Kundasang.. singgah lah di tempat2 ni ye :
1- Jambatan Tamparuli masa otw ke Kundasang
2- Pekan Nabalu tempat beli barang kraftangan atau cenderahati
3- Stay di Kinabalu Pine Resort
4- Kinabalu Park - tempat mula2 nak mendaki gunung
5- Kundasang War Memorial
6- Rose Garden (ada di dalam jalan yang sama dengan memorial tu)
7- Desa Dairy Farm
8- Poring Hot Spring. Boleh mandi di situ dan ada canopy walk
9- Sabah Teh Garden. Atas sket dari hot spring tu
10- Pekan kecil Kundasang. Ada jual sayur2 segar di tepi2 jalan.

Kalau di KK, selain tempat2 shopping mutiara dan kristal tu mungkin boleh juga singgah di sini
1- Nexus Resort Karambunai untuk menikmati beach yang cantik
2- Nexus lagoon. Tempat ni best. Boleh buat macam2 aktiviti air di sini
3- Makan di restoran2 seafood contohnya Restoran Kg Nelayan, Gayang Seafood, ocean Seafood
4- Singgah di Menara Tun Mustafa untuk ambil gambar
5- UMS
6- Pergi ke pulau2 berhampiran dengan jeti Jesselton di KK. 10 minti perjalanan. eg, Gaya Island, Manukan, Sapi Island, etc
7- KK Waterfront

itu yang saya tau lah.. mungkin ada banyak lagi tempat yang saya tak tulis di sini..



Sekian.. enjoylah dulu tengok gambar2 di bawah tu dulu yer..

A breathtaking scenary of Sabah.. Saya sukaaaa!!

Read more...

Sabah yang menggamit hati

A breathtaking view of Sabah. The land below the wind.


Jambatan Tamparuli




Kinabalu Pine Resort






Kundasang War Memorial Park






Desa Dairy Farm, Kundasang







Suasana nyaman dan dingin di kabin P2, Kinabalu Pine Resort Kundasang







Gunung Kinabalu. Subuh & awal pagi. View dari kabin kami






Matahari Terbit di daerah Kundasang


Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP