Tuesday, November 10, 2009

Tentang kawan

Alamak... ni gambar2 lama 2 bulan yang lepas daaa.... baru mama nak upload kat sini.. actually mama dah upload dah kat FB hari tu.. ni masa Irfan sambut birthday kat school.. bersama2 dengan kawan2 yang lahir pada bulan September. Majlis ni sama dengan majlis Hari Raya school Irfan.. itu sebab semua orang berpakaian baju raya.. hehehe..

Ini semua kawan2 Irfan dekat school.. Bila Irfan besar, Irfan tengok balik betapa bertuah.. Irfan kecik2 macam ni sudah diberi pendedahan untuk mengenal orang luar yang bukan dari keluarga kite.. tetapi dekat jugak dengan hati Irfan iaitu kawan2 Irfan.. Mama tau Irfan sayang kawan2 Irfan.. sebab Irfan selalu sangat cerita pasal derang kat rumah.. sangat ramai nama2 yang Irfan sebut sampai mama takleh nak ingat semua. Ada Adam Haziq, Danish, Amir, Abg Afif, Sarah, Shafikah, dan macam2 lagi.

Tapi BEST FRIEND Irfan ialah Haziq Isyraf. Sayangnya masa majlis ni dia bercuti sebulan sebab mamanya dalam pantang so dia ikut mamanya pulang ke kampung.. Maka takdelah gambar Haziq Isyraf dalam ni. Teacher cakap Irfan suka kawan dengan Haziq Isyraf sebab maybe kalian punya karaktor yang sama.. Cikgu kata.. dalam kelas hari2 kalian duduk bersebelahan, apa2 pun mesti ingat satu sama lain.. kalau Irfan bawak bekal makanan dari rumah.. Irfan mesti share dgn Haziq Isyraf dan kalau dia bawak pulak dia mesti share dengan Irfan. Bila time nap pulak.. kalian tidur bersebelahan dekat dengan sliding door.. "port" orang lain tak boleh ambil.. sebab situ best angin kuat dari luar.. so kalian berdua dapat tido dengan aman.. hehehe.. bila menulis.. mewarna.. kalian sehati sejiwa mewarnakan apa yang di dalam kertas dengan warna yang sama. Kemudian.. kalau hari boleh bawak toys, kalian akan erkongsi sama2 bermain.






ini Irfan mengagih agihkan kek kepada kawan2. Mama suka masa ni. Nampak dah besar anak mama.. heheh

Ini Irfan dengan teacher class Irfan. teacher Nurul dengan teacher Aqila.

Ini teacher Ita. Pengetua sekolah.. fav teacher Irfan walaupun teacher Ita tak mengajar kelas Irfan.

Di sinilah tempat Irfan separuh hari dari pagi sampai tengahari.. Irfan bersama2 kawan2 belajar.

Mama suka Irfan pandai bergaul, bersosial dengan kawan2 Irfan. Mama mahu Irfan saling bantu membantu dengan kawan2 Irfan.. tak moh gaduh2.. biasalah umur baya2 Irfan sekarang ni orang kata.. memang tengah pandai nak pilih kawan.. kalau tak kena gaya asyik nak gaduh.. tapi mama kalau boleh taknak lah irfan gaduh2 berebut barang.. biarlah Irfan menjadi seorang yang beralah dan pandai berkongsi.. maklum saja.. buat masa ni Irfan takde adik beradik lain.. jadi mama mengharapkan di sekolah saja Irfan dapat belajar bagaimana nak bersosial dengan ramai orang esp yang sebaya dengan Irfan.


Dalam hidup Irfan nanti, lepas tadika Irfan akan menempuh alam2 lain seperti sekolah rendah, kemudian Irfan akan masuk pula sekolah menengah, kemudian insyaAllah ke University, seterusnya alam pekerjaan.. dalam masa tu Irfan akan berjumpa dengan ramai orang yang insyaAllah akan menjadi kawan2 Irfan nanti..


Nasihat mama.. jadilah kawan yang betul2 "sahabat" yang sentiasa ada untuk kawan Irfan, yang menjadi pendengar setia kepada kawan2 Irfan, yang membantu kawan2 dalam susah dan senang, yang menyayangi kawan2 Irfan seadanya.. Selain keluarga, suatu hari nanti Irfan akan tahu tentang betapa pentingnya sahabat dalam hidup Irfan. Jangan jadi kawan yang makan kawan.. kawan di depan lain di belakang lain..
Mudah mudahan Allah kurniakan anak mama hati yang baik dan ikhlas dalam berkawan InsyaAllah.. Tetapi Irfan, berhati hatilah memilih kawan nanti.. sebab dengan siapa kita berkawan nanti.. itulah yang akan menjadi cermin kepada diri kita..


Mama doakan juga.. Irfan juga akan disenangi oleh semua orang.. esp kawan2 Irfan. Amin.

ok.. ni ada satu lagi video Irfan untuk menutup entry kali ni.. hehehe.. Irfan baca Doa Iftitah.. Alhamdulillah at age 4 Irfan dah hampir lancar semua bacaan dalam solat. Terima kasih buat guru2 yang mengajar di sekolah dan syabas juga buat Irfan yang selalu prektis di rumah sambil diperbetulkan bacaan Irfan oleh mama dan juga abah :-) Tak de apa yang mama ingin katakan selain Syukur ke hadrat Allah.. Moga anak mama dilindungi Allah selalu.


Read more...

Thursday, November 5, 2009

Colours of my life

Kesian blog ni. Sunyi sepi tak berupdate.

Sorry Irfan, mama bukan sengaja tak moh update.. tapi tanggungjawab semakin bertambah sekarang.. walaupun bekerja sendiri.. tapi takleh buat main2.. :-)

Banyak sangat rasany citer tentang dia and gambar2 pun dah penuh hard disk.. tak sempat mama nak letak kat sini.. nak sangat letak.. nanti mama curi2 masa yer..

Ok ni latest pics of you yang begitu ceria kita bermain di atas lantai.. plan nak snap kat luar rumah terpaksa ditunda sebab ujan.. tp ok jugak guling2 dalam umah pastu makan cekodok ngan teh o panas dalam ujan2 camtu.. Nikmat!

Ok.. til next time!

oh btw, ni mama nak letak note sket untuk kita sama2 ingat bila masa depan nanti kiter baca balik..

For school progress Irfan, now Irfan tengah ada assessment test kat sekolah.. actually not compulsory for K1 (4 years) students. Tapi of course la mama nak Irfan seat jugak so that mama akan tau how your progress at school.. Semalam BM. the day before was Math and today Bahasa Jawi.

Mama dah dapat result utk Math test Irfan.. and mama was very proud of you boy.. I know every parents will feel the same way too if their situation is just like ours. Hari test Math tu.. masa mama fetch u at school.. mama asked the teacher how the test goes.. Teacher cakap.. Alhamdulillah u really doing great.. teacher dah mark and suprisingly, you got full mark! yes! 100%! mama say syukur alhamdulillah.. maybe berkat Abah and Mama dok main kira2 ngan Irfan kat rumah and Irfan apply kat school. And yangbuat mama lagi terharu when mama tanya teacher "ramai ye yang dapat 100%?" sebab the way teacher bagitau mama tu like it just a simple test and I expect mesti ramai gak yang dapat full mark..

And jawapan teacher Irfan buat mama terdiam kejap.. Teacher said.. Only Irfan got 100%. Kelas Irfan dalam belasan orang jugak.. Mama agak terkejut walaupun mama tau Irfan memang jenis suka belajar.. (walaupun agak suka ponteng sekolah tapi suka belajar kat rumah.. heheh) tapi hari tu terkedu kejap.. hehehe..

yess.. I want to tell you here.. that I'm very2 proud of you Irfan. You must know that.. Mama akan support anything yang Irfan buat k!

Honestly, Mama and Abah sent Irfan to school this year bukan untuk akademik semata2. Sebab as mama mentioned before.. mama nak build your personality dulu semoga Irfan jadi orang yang berguna dan disenangi oleh semua orang.. mama nak Irfan belajar basic2 kehidupan.. belajar bergaul.. berkongsi.. menolong kawan2.. dan mudah mudahan Irfan berakhlak mulia.. Mama tak target by age 4 you must know how to read, mengira mengeja semua.. Tapi Alhamdulillah sedikit sebanyak.. ianya juga membantu dalam akedemik Irfan.

Tahniah mama ucapkan k.. walaupun kecik je test tu.. tapi mama rasa it is a very best way to start.

So hari tu mama pun bagilah Irfan treat sket.. beli gula2 yang Irfan nak.. makan ais krim.. and bawak Irfan main2 playground.. bila abah balik pulak.. abah belikan Irfan lori berisi gula2.. hehehe... Semoga tu dapat jadi semangat untuk Irfan supaya jangan selalu ponteng sekolah k! hehhee...









oh... mama nak try upload something for u to remember when u are big..

ni video Irfan baca ayat Kursi.. semoga ianya akan menjadi pendinding diri Irfan sampai Irfan besar k!


Read more...

Thursday, October 8, 2009

Lets start our day with a smile :-))

Hope these will bring one to you :-))
nyehnyehnyeh...

yer yer... a smile the whole day.. can makes all doctors awayyyy.. hehehhe..

Ni gambar Irfan tengah main bunga api di siang hari... untukk mendapat feel malam.. you said u want to wear the sunglass.. so nanti nampak gelap sket.. maka baru ada effect malam dalam itu kejadian... dasyat anak mama punya imaginasi... kiter main bunga api ni masa last day kiter dekat Kuching.. malam tu kiter dah nak terbang balik ke KL dah.. jadi oleh kerana bunga api berkotak2 tu masih ada lagi.. dan nak bagi u puas main the bunga api.. maka abah pun ckp "Irfan!! jom kiter habiskan bunga api niiii!!" u pun suka sampai taknak dah masuk umah.. best kenangan kiter tu.. sampai mama terus rasa moody bila dah nak kena balik malamnya.. hari tu mama jadik tak berapa nak ckp dengan org.. sebab sedih punya pasal.. pikir2.. lagi 2 tahun lagi mungkin dapat jejak balik Kuching ni.. tapi mama dah bgtau abah masa kat airport hari tu... mama tak kira.. next year before raya kita mesti balik bercuti kat kampung ni lagi.. sebab tahun depan turn mama punya kampung pulak... even kiter ada gak jumpa sedara mara Kuching sebab derang selalu turun KL.. manalah sama feel dia dengan kita jumpa derang dekat Kuching.. betul tak abah? betul tak? betul tak???




ps: mami Aqish.. sila jangan marahhhhh

Read more...

Wednesday, October 7, 2009

Bila mama menempuh hari yang beremosi..

...mama lihat permandangan indah antara Irfan dengan babah ni.. surut rasa sedih hati.. tenang fikiran berkecamuk.. terus yakin pada diri.. rasa hebat bila kasih sayang dapat meredakan semua yang bersarang di kepala.. You are my everything, my Heroes.. thanks for brighten up my day..




Gambar ni mama amik masa raya ketiga kiter dekat Kuching waktu Abah Tok ngan Mak Tok buat kenduri untuk cucu2 mereka.. lepas habis kenduri.. Irfan seronok berlari2 di luar rumah dengan sepupu2 semua sambil main baling2 bunga rampai yang mama ngan Mommy Ayu buat.. tengok tu.. kepala babah pun habis dia letak bunga rampai tu.. mama amik candid nih.. sampai tak sempat nak tukar setting camera thus gambar jadik overexpose sket.. hehhe.. takpe mama dah edit saturation dia..

It was really a perfect moment for us.. especially mama.. to see your strong bonding together.. mudah mudahan hingga ke besar rapat begini :-) Amin.

Read more...

Monday, October 5, 2009

Merindu yang di depan mata..

Dok godek2 pc ni tadi.. terjumpa few pics irfan yang lama2 yang mama lum publish lagi kat sini...

Bila bangun mulutnya bising.. bila tido sunyi pulak rumah.. now irfan tengah tido.. bila mama tengok muka irfan tido.. rindu pulak masa dia dulu2...



gambar 2 kat atas ni memang mama tak ingat betul masa bila amiknya.. dan kenapa irfan ber pose sedemikian rupa pun tak diketahui puncanya.. hehheheh... tapi rasa lama dah sebab rambut dia masih pendek baru kena potong.. tu selimut irfan masa baby lagi tu... u always love to be covered by the blanket when u were a baby.... blanket tu selalu bau busuk peluh irfan..






ni gambar tahun ni.. masa tu kiter penat berbeskal depan umah.. pastu masuk umah baring2 atas lantai.. mama lak tak habis2 nak amik gambar irfan... sibuk nak dapat close up picture of u.. habis nampak gigi irfan yang dah terserpih sket tu.. taik idung pun ada nampak sket2 tu.. ekekkek.. one of the pic masa ni ialah yang mama letak kat header blog nih






ini wajah2 irfan yang mama rindu sangat2... i love to see u in long hair... mama jaga betul2 dulu.. kalau dah rimas sgt.. mama bagi babah cut yang depan je so tak gatal2 masuk mata.. and babah trim sket2 je kat tepi.. rambut bawah mama ckp jangan usik.. irfan punya rambut halus perang... nipis sgt.. kalau berpeluh sket.. habis kurang ensem dah anak mama bila rambut nipis dia tu basah dek peluh memang takleh nak cover.. tapi lepas nenek bising byk kali suh cut irfan punya hair.. nenek kata cam pompuan lah.. then nenek kata budak2 dekat umah nenek semua ingat irfan girl.. so mama dengan berat hati membenarkan rambut irfan di potong.. betul2 short! walaupun lepas tu mama mencebik sedih tgk anak mama dah muka cheeky lak bila rambut dia short tuh.. huhuhu.. takde manis2 lagi seperti kalau irfan berambut panjang kali ni mama tak kira.. mama nak simpan balik rambut tu bagi panjang... irfan ada 3 tahun lagi sebelum masuk sekolah rendah.. dan masa tu.. bolehlah berambut short sepuas puasnya yer.. :p


ni yang buat mama rindu kat rambut Irfan dulu.. bila ditiup angin elok je beralun rambut Irfan.. nampak lembut je itu rambut.. kalah rambut mama.. bila kena cahaya matahari.. lagi nampak cam perang.. tapi now bila dah cut short.. langsung dah tak perang rambutmu itu.. uhuhuhu... takpe now.. mama tengah berusaha nak kasik panjang balik.. hehehhe.. nenek.. ampun.. harap2 nenek tak marah yer...

Read more...

Friday, October 2, 2009

Riang Ria Aidilfitri

Pagi2 raya ada org dah dapat hadiah besday dari mami ayu ngan mami akak.. Optimus Prime.



hero2 mama yang kacak bergaya dia pagi raya.. ;-)

Acik Acai sedang meleraikan perebutan antara Rina Ngan Ash terhadap bumblebee baru Ash




sebelum apa2.. kita makan dulu!!! untuk menjaga kebersihan baju masing2 maka mereka semua dipaksa membuka baju dan makan secara berlengging..



Ucu Didi, Rina and Mami Akak







Saat2 syahdu itu...

amik kesempatan amik gambar berdua


byk dapat duit raya nampakkk ;-)


Irfan awal2 dah tunjukkan mood taknak bergambar







tengok tu.. cubaan melepaskan diri dari diambil gambar..


dalam perjalanan nak balik kampung Mak Tok abah kat kg. tabuan. baru dia ada mood sket nak amik gambar.. berjalan lah katakan..








gambar2 sepanjang beraya kat kampung.. Irfan tido je sepanjang raya tu.. kepenatan betul.. gambar atas ni kek lapis sarawak yg macam2 jenis kat sana.. yang berjaya buat perut mama makin berlapis2.. gambar kek tu gelap aaa.. bukan mama amik ehh.. assistant yang amik :p



pastu malamnya.. sanak saudara datang ke rumah abah tok pulak

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP