Wednesday, March 24, 2010

milik siapakah kaki yang putih melepak ini

Bila tido.. mesti mauuuu...
mau apa..?
mau cium si barney busuk..
mau kepit si BJ masham! (BJ tidak kelihatan dalam gambar sebab telah dikepit sekuat2nya)
Kena ada 2 bantal busuk ni sekali gus.. baru tidurnya lena..

Read more...

Thursday, March 18, 2010

Ada pengacau di dalam opis mama...

Ini lah orang nyaa..
tapi takpe.. mama caaayang pengacau itu.

Read more...

Wednesday, March 3, 2010

Yay! esok ke Melaka kiter

Mama sangat excited.. after few days bersengkang mata menyiapkan CD2 dan album client.. akhirnya insyaAllah sok, kita dapat gi jalan2.. hehhee.. sebab dah plan esok nak ke Melaka.. maka mama gagahkan hari2 tido almost 4am. Kalau tak nanti.. di Melaka mama akan rasa sangat bersalah pada diri sendiri.. ehheheh.. So yuk ke Melaka kiter esok!

Kita akan ikut mama's best friend iaitu auntie Shikin ke sana.. Auntie Shikin ada training a week di sana so esok dia plan nak bawak anak2 dan mama dan irfan pun nyelit sekali.. ye sambil menyelam kiter jangan minum air.. kiter tengok dasar laut terus.. sebab kalau minum air tak masak, nanti sakit perut.. hehhehe.. So, tomorrow and Friday will be mommies and kids day! Daddies, you stay rumah jaga rumah elok2 k.. kitorang bagi can daddies balik lewat.. hehhe Abah.. we sure you'll gonna miss us like mad! hahahha!

We'll be staying at Equatorial insyaAllah.. basically plan esok.. Auntie Cikin gi training.. She drop us kat Zoo Melaka.. so mari kiter jalan2 tengok binatang.. then kiter lunch kat mcD kat situ.. habis training dia amik kiter then we go check in hotel. Malam we eat ikan bakar nak? pastu the next day when auntie cikin go to the training, you and Arisha, Ariana and Arlia will have fun in the pool.. then auntie balik.. pastu we check out and jalan2 pusing bandar melaka ye..mama sangat nak pegi jonker street tu.. the building so antics and lawa.. wish i can snap your pics with your friends kat situ nanti.. oh! jangan lupa.. kita nak naik beca.. InsyaAllah.. insyaAllah.. semoga plan2 tu terlaksana dan perjalanan kita selamat hendaknya :-)

Oklah.. mama hari ni nak hidangkan Irfan dengan gambar2 dengan Abang Arash and Kakak Adek Lia yang kita amik last friday. Sungguh cantik tempat ini.. walaupun berlalang2.. kalau kena gaya leh nampak cam kat over the sea.. hikhikhik..










Read more...

Wednesday, February 24, 2010

Tentang Amaul Husna

Dah lama tak upload video. Ni ada video Irfan rhyme Asmaul Husna sambil main2.



Oh ya... video ni hanya boleh ditonton pada sesiapa yang ada facebook je.. kalau ada kawan2 yang nak tengok boleh add mama : Siti Zubaidah Rusli.

Mama baru habis buat Clinic photography for children portraiture last weekend... then this week selasa and rabu bz with photoshoot.. and ada commitment to give comment to gambar2 peserta2 clinic hari tu.. and now has started bz again with album, gambar and all.. What a great days mama had. I'm blessed doing the job I love. Alhamdulillah. InsyaAllah ada masa mama jenguk2 sini lagi ye Irfan.. Nanti mama try record the one yang you baca sampai habis :-)and mama got tones of new pics of you in pc. Later k, bucuk!

Love ya, boy!

Read more...

Tuesday, February 16, 2010

The pink us.

Hati mama rasa sangat berbunga2.. seronok.. dan best sekali hari ni.. sebab tadi kita finally dapat amik gambar kat tempat di mana mama dan abah berjumpa 12 tahun yang lampau :-) Gambar2 ni semua Abah ngan Mama amik sendiri dan yang kita bertiga tu dengan bantuan En. Tripod. ohhh~~~ finally!!

Ada banyaaaaaaakk gambar2 yang best2 tapi mama tak larat la nak upload hari ni.. bila2 mama sambung k!

Love you two to bits!













gambar2 lain ada mama update sket kat FB :-)

Read more...

Saturday, February 13, 2010

tentang Wachaaa!!!

Ini gambar2 seorang budak sedang menggayakan teknik2 martial art buatan sendiri.. ni gambar lama.. waktu Irfan tengah terpengaruh ngan cerita2 lawan2 lepas tu Irfan cipta lak teknik sendiri.. pastu tambah lagi ngan Abg Arash ngan Kakak Adek Lia yang dah masuk taekwando... dan asyiklah eksen nunjuk kat Irfan skill yang derang belajar.

Dan now mama pun dah enroll kan Irfan for a taekwando class.. school Irfan ada offer extra activity for the kids.. senang.. dekat.. once a week.. Irfan dah start dah class... tapi mama takde amik gambar irfan pakai baju taekwando lagi.. nanti mama amik eh.

Ok lah Irfan selamat bergembira bertaekwando hendaknya!






ps: gambar2 ni uncle coki (cousin mama) yang amikkan :-)

Read more...

Wednesday, February 10, 2010

Tentang rambut dan tentang bunga

Ni Ahad lepas. Kena gunting rambut sket.. tak banyak.. sket je.. depan ngan tepi.. trim apa yang patut. Irfan memang tak suka lah kena gunting rambut sebab kena dok diam2 atas kerusi takleh gerak2.. panas bontot dia jadiknya.. tu yang mencuka je bila kena gunting rambut.. nasib baik tak perlu hantar kedai. Dari kecik sampai now abah je yang potongkan.. abah ada skill jadik hairdresser.. kekeke.. dulu kat upm abah yang tukang gunting rambut kengkawan dia.. malah rambut mama now pun abah dengan baik hati tolong trimkan hahhha.. ada sekali tu abah nak test skill dia..mama dengan pasrah dan rela hati tayangkan rambut mama jadik bahan eksperimen.. wakkaka.. tapi abah kata ok.. ye lah dia je pun nak tengokkan :p



tat tadaaaa.. hahhah! takdelah beza sgt.. takat trim depan je supaya tak cucuk2 mata.. haish mana leh potong lebih2! kang mama nangis!


ni pulak tadi.. baru balik makan cendol ngan goreng pisang ngan irfan ptg tadi.. tu bunga semalam mama beli kat ikea.. syhhh diam2 irfan tak tau mama ke ikea semalam.. ehehhe.. oklah tu tiga kuntum bunga buat penyeri opis kecik mama nih..

Read more...

Friday, February 5, 2010

Ibunda dan Ayahanda



Berbunga2 hati ibunda mu ini semalam bila dapat gambar ni dari kawan bonda yang juga merupakan photographer iaitu uncle Min... selalu letak gambar anakanda je.. hari ni bonda nak pampang muka bonda dan ayahanda pulak di sini ye.. kekke kembang2 hati sekembang pipi bonda dalam gambar tu.. bonda dah pun print 2 keping gambar ni semalam.. satu letak kat bilik opis bonda... satu lagi diletakkan dalam bilik anakanda.. nanti nak print lagi satu letak tepi katil ayahanda dan bonda juga.. itulah akibatnya bila asyik bonda je amik gambar orang . sesekali muka bonda sendiri ada dalam gambar.. tu yg buat senyum meleret je tu.. ke mana anakanda masa gambar ni diambil ye? anakanda ada bersama2 kawan2 anakanda menjamu selera masa kiter pergi surprise party auntie shikin last month.. sungguh best dan privacy lah bonda rasa bila anakanda dah pandai dok dan makan sendiri ngan kawan2.. dan kaum2 ibu dan ayah pula diletakkan ditempat yang berasingan dari anak2.. maka ibu2 dan ayah2 dapat menjamu selera itali dengan tenang sekali sambil ditemani lampu samar2 dan ber posing2 dihadapan kamera.. (cukup romantik tak bunyinya?) Tak sabar lah bonda nak tengok gambar2 lain yang uncle min amik.. mudah mudahan uncle min tak delete lah ye gambar2 yang ada muka bonda dalam tu.. ekekke.. nanti kalau auntie shikin bagi copy.. nanti bonda letak sini gambar auntie2 dan uncle2 serta kawan2 anakanda tu ye.

Oklah anakanda.. untuk menandakannya... ni bonda nak bagitau.. ni muka bonda ketika berusia 31 tahun satu bulan.. manakala ayahanda pula ketika ini berumur 34 tahun 2 bulan.. nanti kalau kami dah berumur 50-an pastilah akan byk lagi kedut2 dimuka dan tangan.. so jadikanlah ni sebagai kenangan yer.. bonda ingat bila dah umur 50 nanti bonda nak amik gambar camni lagilah.. boleh bonda buat perbezaan.

Read more...

Tuesday, February 2, 2010

Doing nothing..

tengok Mr bean kat astro.
buat iklan rejoice rambut sendiri.
main dan makan belalang kungfu panda.
cium barney busyuk.
kacau mama baca fav photography book mama.







Read more...

Monday, January 25, 2010

Thank you Allah for this Gift



Lately ni memang banyak gambar Irfan yang cung2 yang mama amik.. hehheheh ramai orang cakap dekat mama, Irfan bertuah sebab maknya photographer.. maka gambar anaknya mestilah lawa2 juga.. heheh.. Setiap orang di dunia ini sememangnya bertuah dengan rezeki dan caranya yang tersendiri. Alhamdulillah, mama bersyukur dengan anugerah yang Allah beri pada mama ni.. dan mama lebih bersyukur dengan pemberian yang lagilah tiada tolok bandingnya.. iaitu Irfan laaa.. sapa lagi.. ekekkeke..

Masa amik gambar2 ni.. emosi mama terlebih sudaaa.. mungkin sebab petang tu cuaca nya sangat redup dan cantik.. view pula yang amat breathtaking.. bekerja antara human dengan nature.. dapat menghayati keindahan alam pada masa yang sama.. paling mama rasakan bertuah bila Irfan ada sama2 mama masa mama setia menjalankan tugas tetapi tidak sedikit pun pernah mengganggu gugat tugas mama. Stay lah baik camni sampai besar ye Irfan.

Seperti amik gambar 'urban' hari tu.. yang ni pun sebenarnya tak diplan.. kalau plan mesti mama pakaikan Irfan baju cun2.. hehhe tak lah senteng semua camni.. tapi mama suka sebab bila tengok gambar ni ngan suar senteng Irfan tu mama dapat bayangkan how much you've grown up.. untuk pengetahuan Irfan suar dan baju tu mama beli masa hari raya yang ke 3 tahun kalau tak silap.. sekarang tahun ni Irfan dah pun nak masuk 5 tahun.

Kalau tengok gambar2 ni memang tak sangka sebenarnya Irfan tengah sakit perut sebab dok sengih and sonok je sepanjang masa.. mungkin sebab dapat menghirup udara segar buat Irfan lupa lah kejap tentang sakit perut Irfan tu walaupun malam sebelumnya berkali2 Irfan muntah.

Oklah mama nak buat keja.. gambar client yang mama shoot lepas shoot Irfan masa ni pun tak beredit lagi.. ekekke.. tak lama lagi nak jumpa newborn dia.. kalau ada rezeki Irfan mama bawak Irfan shoot newborn Auntie Eliza k!







Read more...

Sebelum mandi

Dah lama mama notice Irfan suka letak baju kat atas kepala macam ni bila bukak baju nak gi shower.. dapat tak imagine betapa busyuknya dia time ni.. hehhehehe a picture can tell a whole story :-)

Ada few shots yang mama amik, but this is my fav of all.. ada karisma menjadi budak bucuk tetapi eksen! hahhaha.. years from now bila tengok balik gambar ni mesti mama terbayang waktu ni.. yang budak kecik ni pernah membesar dalam rumah ni.. dalam bilik ni.. di tempat mama bekerja.. yang budak tu selalu kacau mama keja kejap2 datang cakap nak berak.. kejap2 datang ckp nak kencing.. kemudian semalam datang ckp nak mandi.. tapi suka buat baju tu camtu.. mandinya tidak! Oh mesti nanti mama akan rindu waktu2 itu.


Read more...

Monday, January 18, 2010

Belajar apa?

Suatu hari Irfan balik dari school, mama bertanya..

" Irfan belajar apa dekat school hari ni "

lalu dengan muka innocent lagi confident Irfan menjawab..

" Irfan belajar rajin-rajin. "

ehehhehee... mama control muka agar tak ketawa... ekekkeke.. good boy Irfan!

Dah lama tak upload video. Ok ni ada nak upload satu video. Kejadian masa releks2 malam2 tengok tv. Cuba dengar ayat last dia tu.. LOL!


Read more...

Saturday, January 9, 2010

Urban Irfan

Nanti lain2 gambar ada masa mama update lagi..



Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP