Friday, August 29, 2014

7 hari ke 9 tahun.

Tak ingat mama bila kali terakhir mama ambil gambar macam ni untuk Irfan..
Maksud mama, gambar outdoor macam ni, kita ke taman, kita main-main sambil mama ambil gambar kamu macam ni..

Hari ni rindu sangat rasanya nak keluar jalan-jalan dengan irfan dekat luar. Lebih-lebih lagi lama juga rasanya sejak ramadhan yang lepas kita tak dapat jalan-jalan berdua sama-sama waktu hari biasa, waktu hari sekolah.

Tak dirancang, akhirnya berjaya gambar-gambar ini dirakam. Kebetulan hanya 7 hari sebelum hari lahir kamu minggu depan. Bercampur baur rasa hati mama melihat kamu, waktu jari asyik menekan shutter. Besar sudah anak mama. Kamu selalu cakap risau kamu tidak gemuk. Kamu makan banyak tapi hairan kenapa tidak boleh gemuk. Mama dan abah cakap jangan risau, irfan makin meninggi, bukan 'menggemuk'.. makanan yang irfan makan buat irfan tinggi.

Tengok tadi, memang betul sudah amat meninggi kamu rupanya. Jangan-jangan hujung tahun depan kamu sudah sama tinggi dengan mama tak? Alhamdulillah melihat kamu membesar dengan kesihatan yang baik buat mama dan abah bersyukur selalu.

Hari jadi kamu minggu depan. Mama doakan irfan sentiasa dibekalkan dengan tubuh badan yang sihat. Moga dapat sama-sama kita raikan hari itu nanti.

Terima kasih sebab jadi anak yang baik selama ini. Walau ada buat mama pening-pening juga sekali sekala. Tapi kamu yang baik itu lah lebihnya..

Tak sabar mama nak tunggu minggu depan!




Read more...

Monkeying around

Part 2.

Just another 3 images i want to remember forever...


Read more...

Friday, August 22, 2014

Monkeying around

Part 1.



to be continue...

Read more...

Friday, August 15, 2014

Lili

Si buah hati.


Read more...

July '14

Highlight of our July : Bulan puasa dan Hari Raya!



Read more...

Thursday, July 17, 2014

June '14

Kisah bulan 6 kita..
Seronok dan cukup banyak untuk dikenang.

Alhamdulillah..


Read more...

May '14

Highlight of our May..


Read more...

Thursday, June 26, 2014

Panggilan pulau.

Pulau Kapas.
June 11th - 13th, 2014.

Serba serbinya sederhana.
Bermakna belajarlah hidup dengan apa yang ada. Tidak merungut-rungut. Tidak meminta-minta.
Cuma syukur rasa kaki sudah dijejak di sini.
Menatap langit nan biru, lautan nan luas, membenam kaki ke dasar pasir, membasah diri mengamati makhluk Tuhan yang bagaimana yang hidup di bawah sana.
Maka, bersyukurlah untuk kesempatan ini.
Dapat dibawa lagi diri ini menghirup udara pulau. Merasa nikmatnya angin yang menghembus, merasa kasih sayang Tuhan melalui teriknya matahari. Agar tidak hujan, agar anak-anak ini gembira dapat merasai indahnya bumi ciptaan Tuhan mereka, melihat ikan-ikan, melihat makhluk di lautan..
agar bila besar nanti, tahu mereka.. bumi ini luas. Maka terokailah.
Bacalah rahsia yang terselindung di sebaliknya.


Read more...

Friday, May 23, 2014

Ilham dan seni

Ilham dan ahli seni itu bersahabat karib. Ada waktu ilham meluncur laju macam air sungai tidak dapat disekat-sekat. Ada waktunya sepi, oh apakan daya. Oleh kerana itu, tempat seperti ini mama kira sangat elok dikunjung bagi orang-orang yang ingin merangsang minda kreatif, berkhyal berimaginasi  dan menjana idea untuk berkarya. Tidak kiralah meng karya apa pun. Mahu melukis, menulis, merakam foto, mencipta apa jua, terpulang. Balik nanti bakal kunjung ilham yang baru :-)

Moga hari ini kamu telah belajar yang seni itu adalah dari keindahan. Yang indahnya itu dilihat melalui mata, didengar dengan telinga, dirasa melalui hati dan jiwa. Yang memberi mata, telinga dan jiwa itu, tidak lain Allah nya lah jua. Yang memberi ilham terhadap indahnya seni itu dilakar, bukan yang lain malah dari Tuhan nya jua.

Seni itu lahir dari sifat cinta datangnya dari hati. Cinta yang diberi dalam setiap hati manusia oleh Ar Rahman dan Ar Rahim. Yang meletakan cintaNYA di tempat paling atas dalam 99 nama-namaNYA.

Maka moga hati kamu akan sentiasa memandang setiap yang ada di sekelilingmu dengan rasa kasih dan penuh cinta. Dilihat segala isi bumi, laut, langit dan bintang-bintangnya dengan hati yang penuh cinta. Biarlah rasa kasih itu menjalar dalam tubuhmu sehingga ke akar umbinya.

Kerana dunia ini mahu kan yang lebih pandai mengasihi bukan banyak yang membenci-benci.


Tengoklah gambar-gambar di bawah ini tentang bagaimana kamu berkhayal dan berimaginasi. Tempat ini namanya The Atmosphere, letaknya di Seri Kembangan Selangor.


Read more...

Wednesday, May 21, 2014

Rindunya Kemaman!

Hujung tahun lepas, bumi Kemaman sentiasa disimbah hujan. Cuaca redup, basah dan sejuk setiap hari. Ada sesetengah kawasan yang dinaiki air. Kemaman dilanda banjir. Walaupun kawasan yang kita duduki tidak terlibat, tetapi kenangannya di hati ini sentiasa terpahat. 

Tiba-tiba ada satu petang, Kemaman begitu cerah. Matahari mula menunjuk sinar. Orang-orang Kemaman gembira, mungkin banjir akan surut. Begitu juga kita. Kamu yang sekian lama menanti, akhirnya petang itu dapat ke pantai berlari-lari. Ombak pantai cukup kuat. Merasa kita menikmati angin pantai yang dirindu. Di situ kamu bermain-main pasir, gembira dan riang mencipta kenangan zaman kanak-kanak. Usah lah kamu lupa akan indahnya.

Cuti sekolah sudah hampir. Oh! Kemaman, mungkinkan bakal bertemu kembali?



Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP