Showing posts with label April 2014 journey. Show all posts
Showing posts with label April 2014 journey. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

Week 4 | April 2014 : Gedung ilmu


Pertama kali kita ke perpustakaan awam di Bangi, dan yang pasti bukanlah yang terakhir. Mendekatkan kamu dengan  buku adalah salah satu perkara yang mencabar bagi mama untuk melakukannya kini, tidak seperti dahulu ketika kamu kecil, buku dan dirimu seperti sahabat baik.

Sekarang, kamu suka membaca tetapi kamu cepat bosan. Ada waktu kamu begitu berkobar-kobar, tetapi tidak kurang juga dalam satu hari kamu tidak mahu membaca langsung. Kebanyakan harinya, kamu minta mama yang membacakan buat kamu. Tidak mengapalah, mama tetap akan membimbingmu. Moga mama juga tidak cepat berputus asa.

Read more...

Week 3 | April 2014 : Sweetheart

Kamu tahu tak Irfan..
Melihat kamu membesar begini..
Dengan karakter mu yang terbentuk begini..
Dengan hatimu yang penuh dengan kasih sayang..
sikapmu yang sangat mengambil berat..

Di waktu-waktu yang selalu sibuk, hingga tidak kan terlunas segala urusan,
sebagai seorang ibu, mama rasa..
barangkali mama telah melakukan suatu perkara betul saat membesarkanmu.



Read more...

Friday, May 2, 2014

Week 3 | April 2014 : Bersabarlah.


Kerana ini realiti, kamu mesti berani tempuh. Kerana ini realiti , kehendakmu tidak semuanya akan terlaksana. Kerana ini realiti, yang manis-manis akan sentiasa disulam dengan yang pahit. Ibumu tidak akan selalu ada. Tapi dia menghamparkanmu dengan satu kembara yang luas. Namanya kehidupan. Semua di hadapanmu. Lihatlah. Setiap bunyi di sekelilingmu. Dengarlah. Buka mata hatimu. Serap segalanya dalam mindamu. Hadapi. Beranilah menghadapi. Nikmati dan hargai. Belajarlah. Belajarlah dari kembara hidupmu yang panjang. Pengalamanmu bakal menjadi medan ilmu yang tidak terhitung nilainya.


Ibumu tidak akan selalu ada. Tapi kamu tahu di mana letaknya doa seorang ibu di sisi Tuhan. Kamu tidak akan pernah hilang walau sekelumit dari hatinya. Kamu tahu walau jasadnya tidak kan dapat selalu mendampingmu, semangat dan kasihnya sentiasa dekat. Cekallah menghadapi kehidupan, duhai anak. Bersabarlah. Dengan kuasa Tuhan, yang baik-baik nanti menantimu di hadapan. 


Read more...

Monday, April 14, 2014

Week 2 | April 2014 : A day in the life. Saturday


Monkeying around on Saturday morning.


A happy 'not so morning' bath


Breakfast.. err or brunch your way.


Paleontologist at work.


The boys thing!


It's RIO movie nite!

Read more...

Saturday, April 12, 2014

Week 2 | April 2014 : Night


Read more...

Wednesday, April 9, 2014

Week 2 | April 2014 : Wednesday

Tidak lah ketahuan samada ini mama sahaja ataupun orang lain pun sama, dalam banyak2 hari isnin sampai jumaat, mama rasa hari rabu adalah paling best sekali. takde apa2 alasan yang spesifik cuma rasa hari rabu adalah hari 'dapat bernafas secara lapang' barangkali . maka sebab itu jugalah untuk minggu ini juga, hari ini baru lah pertama kali dapat mama angkat kamera ambil gambar harian kamu.

2 minggu sekali tiap rabu ada koko day di sekolah. jadi hari ni jatuh giliran group kamu. ntah mimpi apa mama bawak kamera tadi masa menjemput kamu pulang dan buat pertama kali mama amik gambar kamu kat kedai runcit bawah ni.. mesti musykil orang lain tengok gamaknya, dengan satu tangan pegang bakul penuh sayur dan bawang, satu lagi pegang kamera curi2 amik gambar kamu. oklah mama nak buat keja. banyak gambar clients nak kena edit nih :p. jumpa lagi di lain entry!



Read more...

Monday, April 7, 2014

Week 1 | April 2014

Special kind of love..



Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP