Gambar ni sebenarnya out of focus.. tapi mama suka the simbolic behind it.. Irfan fokus kat nenek tu...
Ni antara pokok2 yang nenek tanamkan untuk kita. Terima kasih Nenek! Nenek dah pesan kat Irfan supaya jangan lupa siram hari2.. ingat tu!
Alhamdulillah... kesihatan nenek bagus.. dapat sama2 duduk dengan kita 5 hari start hari Isnin sampai Sabtu lepas.. Banyak perkara yang kita ngan Nenek buat tapi Mama tak sempat nak ambil gambar satu persatu.. We do gardening together.. makan2.. shopping2.. golek2.. nenek ikut hantar dan ambil Irfan dari sekolah.. dan sebagainya.. The best 5 days ever in Mama's life personally... Bila Irfan pegi skool dapatlah Mama luang masa berdua je ngan nenek.. borak2 dan buat perkara2 yang nenek suka.. Tapi ada juga yang Mama planned tak sempat nak tunaikan.. InsyaAllah one day.. Nanti Atok mesti ada sekali ok! oh~~ kita kena buat appointment awal2 irfan.. nenek dan atok ada 9 anak.. jadi bergilir2 lah nenek dan atok nak ke rumah masing2 hehhehe... Kita doakan Atok dan Nenek sentiasa sihat nanti boleh dok rumah kita lagi ye.
Lagi sekali Mama sangat gembira, tenang dan aman sekali berada di garden kecil kita yang tak seberapa ni.. Tidaklah sempurna.. tiada garden set up yang sempurna.. landscape pun buat sendiri ikut hati sendiri.. takde gazebo.. takde pokok besar yang mahal2.. tapi itu semua Mama tak kisah.. yang penting we appreciate what we have now.. bukan bagaimana rupanya garden kita itu tapi yang penting adalah orang2 tersayang yang sentiasa menemani kita di situ :-) dan itu yang membuatkan ianya cukup special di hati kita semua.
Satu hari Irfan ingat.. hargai semua yang ada di sekeliling Irfan yer... tidak kira kecil atau besar.
Merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur selalu dengan yang banyak :-)
Love you to the moon and around the star and back!
~Mama.
**Moments captured on June 27th, 2012 . May you will remember this day forever insyaAllah**
Read more...