Showing posts with label Mama's writing journey. Show all posts
Showing posts with label Mama's writing journey. Show all posts

Monday, May 19, 2014

Melaluinya Mama belajar | Part 3

Sambungan dari bahagian 2 

I believe that life is given to us to challenge, to grow within, to step out of comfort zone and achieve the bravest dreams. To make your dream come true – make it as goal and act. Make a plan, clear steps for each day. And you will see how your life takes a new level, each day will count, you will take the best out of it and experience lasting changes.


Menanti penuh debar

Alhamdulillah, dengan ilham yang dikurniakan Allah, mama berjaya menyiapkan draft isi kandungan buku serta pelan strategi pemasaran dalam jangka waktu yang ditetapkan iaitu selama 3 hari. Subhanallah! Sungguh banyak yang Allah bantu mama. Ilham itu meluncur laju macam air yang mengalir deras. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. maka, siaplah draft mama yang pertama.

Setelah siap, mama minta abah semak kan dahulu untuk mama, kemudian mama email kan draft itu kepada editor mama. Rasanya mama sudah buat sekadar yang termampu, sekarang masanya untuk kita berdoa dan bertawakkal. 

Apa yang mama belajar :

Ya, mama belajar untuk tidak bertangguh! Sungguh magis! kerana mama kenal diri mama yang dahulu - nantilah.. nantilah... nati aku buat. kejap lagi lah. lambat lagi nak hantar.
Tapi kali ini Allah menggerakkan hati mama untuk melakukannya terus. alhamdulillah. 
Mama bukan lah sentiasa mempunyai pendapat yang sama dengan Abah setiap masa. Macam orang lain kami mepunyai buah fikiran yang berbeza-beza. Tiada buah fikiran atau idea yang salah. Semua idea itu betul dan berharga. Itu lah yang membuat manusia itu berbeza antara satu sama lain, mungkin dari segi pandangannya, ilmunya dan percakapannya. Seperti mana dahulu masa awal-awal mama dalam bidang fotografi, abah merupakan pengkritik terhebat mama, sehinggakan mama pernah menangis mendengar kritikannya yang terang lagi jujur, begitulah juga yang kali ini. Abah melahirkan pendapatnya. Ada yang sama dengan mama, ada yang tidak. Ada antara idea daripada abah yang mama gunakan. Mama tahu abah bertindak begitu supaya hati mama ini jadi kuat, sebab kita tak tahu lagi apa yang akan mama lalui di masa hadapan. Walaupun hati selalu minta dan berdoa yang baik-baik sekali sekala kita perlu bersedia untuk apa sahaja kemungkinan. Nampaknya, awal-awal lagi abah sudah mengajar mama tentang itu :-)


Menerima reaksi positif

Tidak lama, malam selepas siangnya mama hantar draft tersebut, mama menerima balasan email daripada editor mama. Mama cukup bersyukur dengan respon yang diberikannya, walaupun mama rasa mama ini tidaklah layak untuk diberi pujian sedemikian rupa lebih-lebih lagi mama sangat baru dan sangat banyak tidak tahu. Ini adalah percubaan pertama. Tetapi waktu editor mama cakap..
"I have a very great expectation about this book."
dan beberapa lagi ayat-ayat yang lahir dari mulutnya yang membuat mama rasa..
syukur lah barangkali ini tanda mama sudah memulakan satu perkara dengan betul. Terima kasih Tuhan.

Editor mama mengatakan yang dia 100% bersetuju dengan semua draft yang telah mama tulis, dan tiada apa lagi yang dia perlu baiki tentang draft tersebut. Katanya draft itu boleh dikatakan cukup terperinci - yang mana sebenarnya dia tidak sangka mama akan memberi perincian sedemikian rupa sebab dia ingat mama akan memberi draft ringkas sahaja. Katanya, dalam minggu itu pihak MPH akan menghantar draft kontrak melalui email untuk mama baca terlebih lalu sebelum mama menanda tangan.

Alhamdulillah. Macam yang mama cakap tadi, tiada lain melainkan Allah jualah yang menolong. (dan sudah tentu sahaja dibantu oleh pengkritik hebat mama yakni abah!)

Apa yang mama belajar :

Untuk sentiasa berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah dengan bersungguh hati tiada was-was. Untuk dengan lapang hati menerima pendapat dan pandangan orang lain dengan minda yang positif dan terbuka. Mama tahu, mungkin bukan kepada mama sahaja editor mama melahirkan kata puji pujiannya, malah mungkin kepada lebih ramai orang lagi terutama kepada mereka yang baru bermula seperti mama. Tetapi ketahuilah irfan tentang pengajaran yang mama peroleh melaluinya iaitu sentiasalah mengucapkan kata-kata yang baik kepada setiap manusia yang kita jumpa. Tidak kira kita kenal atau tidak dengannya. Sebab ucapan yang lahir dari mulut dan hati kita barangkali sahaja mampu untuk mengubah kehidupan seseorang tanpa kita sedari.

Oleh itu sayang, bercakap lah yang baik-baik. Dan jika Irfan takde apa-apa yang baik atau yang bermanfaat untuk dikatakan, diam sahaja. Itu lebih bagus.

Only speak good words!

Akan bersambung di bahagian 4...

Read more...

Thursday, May 15, 2014

Melaluinya Mama belajar | Part 2

Sambungan dari bahagian 1


"If you really want to achieve something, there is no room for doubts, worries or other negative thoughts. You know what you want and go for it, with no looking right or left or back. Just straight ahead. Spending all your energy looking for solutions."

 
Berkongsi rasa dengan mereka

Berita itu mama khabarkan kepada orang-orang yang rapat dalam hidup mama. Mama kongsikan dengan ahli keluarga kita, juga kawan-kawan yang mama percayai. Reaksi mereka seperti yang mama jangka, positif belaka. Pelbagai kata-kata semangat yang mama terima. Paling mama ingat, ucapan nenek

"Tahniah lah. Ibu doakan kau berjaya. Elok sangat tu. Kau kan suka mengarang-ngarang ni dari kecik-kecik dulu. Kau kan suka bersajak-sajak, bersyair-syair."

Restu ibu itu penting :-)

Mama jua tidak lupa wajah kamu yang berseri-seri menerima perkhabaran itu. Apa lagi apabila mama mengatakan wajah kamu nanti akan mama letakkan di muka hadapan buku itu.

Apa yang mama pelajari :

Mendekatkan diri dengan orang-orang yang positif dan optimistik itu penting. Siapa diri kita sekarang memang banyak dipengaruhi oleh orang-orang sekeliling yang rapat dengan kita begitu juga dengan pelajaran hidup yang kita lalui setiap hari. Mama sangat berterima kasih buat insan-insan yang selalu ada dengan mama ini saat mama susah dan senang. Kegembiraan mama bukan untuk mama seorang, malah mama mahu mereka merasainya sekali.


Perjumpaan pertama itu

Tiba hari untuk mama berjumpa dengan senior editor dari MPH. Kami berjumpa di Bangsar. Mama seperti biasa sudah pasti ditemani abah setelah menghantar kamu ke sekolah. Oleh kerana mama telah membuat persediaan melalui 'google' tentang penerbitan buku, membuat sedikit kajian tentang MPH, maka mama hadir hari itu dengan berbagai-bagai persoalan yang ingin diutarakan. Senior editor itu begitu baik orangnya. Setiap soalan kami dijawab penuh jujur, secara tidak langsung menaikkan semangat mama. Banyak yang dikongsikannya sementelah beliau sudah mempunyai pengalaman 2 dekad dalam bidang penulisan juga penerbitan. Perwatakannya yang sederhana jelas menarik hati mama. Dia nampak seperti 'biasa-biasa' sahaja tapi ilmu nya penuh di dada, tidak menyombong dan tidak lokek pula.Suatu yang harus mama contohi.

Kami berbincang tentang apa yang perlu mama lakukan selepas itu. Mama dikehendaki menyediakan draft tentang isi kandungan buku, juga mama dikehendaki menyediakan pelan strategi pemasaran sekali. Mama diberi masa 3 hari untuk menyiapkannya.

Apa yang mama pelajari :

Walaupun peluang dan rezeki itu seperti sudah nampak di hadapan mata, ini tidak bermakna mama boleh duduk goyang kaki dan tidak perlu berusaha apa pun. Bulan tidak akan terus jatuh ke riba. Mama masih perlu berusaha. Mama tidak boleh berjanji mulut sahaja. Mama mesti menunjukkan keinginan mama untuk mencuba dan berusaha melaksanakannya dengan perbuatan mama. Sewaktu pertemuan itu, memang banyak idea yang mama keluarkan, tetapi untuk menzahirkan idea-idea itu mama harus mempersembahkannya dalam bentuk penulisan. Mama tidak boleh bercakap kosong dan membiarkan idea itu berlalu begitu sahaja, Maka cabaran itu mama sambut. Mama tahu jalannya sudah dekat, cuma mama perlu membuktikan apakah mama layak. Lalu, mama mulakan dengan menulis dari hati.

Sekiranya Allah ingin memberi, tidak akan pernah ter awal atau terlewatkan. Semuanya telah tertulis. Kita manusia hanya perlu berusaha. Selepas itu serah pada yang Maha Kuasa. Andai dapat seperti yang dimahu, besrsyukur. Andai tidak, redha sahaja.


akan bersambung di bahagian 3...



Read more...

Melaluinya Mama belajar | Part 1


"It takes time to achieve something, to see the results. No matter what it is – failure or victory. You can’t have it right away. You have to take off the pride, the rush and look at the situation realistic and do your best in it. At the end, journey itself gives you fulfillment and meaning, and the result is just a gift for your experience."


Mama bukanlah siapa-siapa. Mama hanyalah orang biasa-biasa yang cuba menghargai setiap suatu yang berlaku dalam hidup mama. Tidak kira mahupun kecil atau besar. Mama hanya lah manusia yang sedang belajar untuk bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada diri mama. Hari ini mama menulis tentang perjalanan satu lagi perjuangan hidup mama yang barangkali kecil tapi mama cukup hargai setiap detik mama melaluinya. Tulisan ini bukan untuk sapa-sapa melainkan untuk diri mama jua dan untuk kamu sebagai bekal di hari kelak. Sekiranya ada yang baik, ambillah. Jika tidak, belajar lah. Mama ingin berkongsi pengalaman, jika ada yang dapat manfaat melaluinya, alhamdulillah itu adalah satu bonus.

Melalui Email itu

Satu malam ketika mama dipaksa 'sit up' sambil menonton tv oleh abah, telefon mama berbunyi, ada email masuk. Setelah membaca email tersebut, mama tidak tahu bagaimana perasaannya tetapi seolah tidak percaya. Tapi mama waktu itu juga yakin yang Allah sedang membuka ruang untuk satu pintu rezeki. Mama menerima email daripada salah seorang Senior Editor MPH Publishing; menyatakan seandainya mama berminat untuk menjadi pengarang buku tentang fotografi kanak-kanak. Mama sejujurnya tidak tahu apa yang perlu mama jawab. Sebab mama sendiri tidak tahu adakah mama berminat ataupun tidak. Mama utarakan kepada Abah. Abah kata, terimalah, itu rezeki Allah bagi dari jalan yang tidak di sangka-sangka. Setelah berborak itu ini dengan abah, abah menggalakkan mama untuk terus membalas email itu malam itu juga. Abah menunjukkan keyakinannya terhadap kemampuan mama. Mama yang masih dalam keadaan belum betul-betul yakin terus whatsapp editor tersebut dan bertanya dengan lebih lanjut. Setelah pelbagai soalan mama kemukakan, dan setelah dia menjawab semuanya, dia pun tanya "So, are you interested to be the author?" Mama terus menjawab "I want to try". Kami pun membuat temujanji untuk berjumpa 3 hari berikutnya.

Keesokan hari mama masih belum mendapat sepenuh keyakinan. Hati rasa tidak mampu. Mampu kah? Ada masa kah? Cukupkah ilmu? Semuanya itu berlegar dalam kepala.  Mama tidak lupa kita ada Allah untuk bergantung harap dan mengadu tentang apa sahaja yang kita mahu. Lalu mama terus terusan berdoa.. seandainya memang Allah dah tetapkan ini adalah rezeki buat kita, mama pohon Allah menggerakkan hati mama untuk merasa ikhlas dan meneruskan apa yang mama lakukan, dan meminta Allah memudahkan jalan untuk mama. Sendainya tidak, mama mohon hati yang redha dengan apa sahaja ketentuan yang telah ditetapkan untuk mama. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit mama nampak jalannya. Allah memudahkan dan membuat lorong ini cantik untuk mama pada permulaannya.



 
Apa yang mama pelajari :

Peluang datang dalam pelbagai bentuk. Bagaimana kita memanfaatkan peluang  dan bertindak terpulang kepada diri sendiri. Mama bersyukur mama tidak mengambil masa yang lama untuk berani mengambil langkah yang pertama. Sesungguhnya untuk ambil first step, mengambil keputusan untuk mencuba itulah yang memerlukan satu keberanian yang luar biasa. Mama bersyukur juga kerana mama pada awalnya berjaya bersaing dengan perasaan mama sendiri. Perasaan tidak mampu, takut, fikir yang bukan-bukan, tidak berani berimpian terlalu tinggi, telah berjaya mama letakkan ke belakang. Pada mama kejayaan bukanlah apabila mama berjaya menyiapkan buku ini, tetapi kejayaan adalah bagaimana mama mengharungi perjalanan ini dan menempuh satu persatu cabaran yang datang. Itu lah berjaya pada mama. Selepas ini mama akan lebih menghargai setiap satu kejayaan kecil yang terhasil, tidak kira lah samada berjaya mengatasi sikap-sikap mama yang negatif, atau pun hanya berjaya menyiapkan satu perenggan demi satu perenggan buku itu. Mama akan belajar lebih menghargai.

Mama sedar keyakinan mama tidak akan datang sendiri tanpa insan yang penting dalam hidup mama iaitu abah irfan. Setiap impian mama, setiap apa yang mama lakukan, daripada dulu sampai sekarang, abah lah orang pertama yang melahirkan rasa yakinnya terhadap diri mama. Sokongannya tidak pernah padam. Kalau tidak ada abah malam itu, mungkin sahaja mama masih mencongak-congak samada mahu terima tawaran itu atau pun tidak. Maka jadilah mama orang yang rugi. Tetapi alhamdulillah, Abah lah orang yang paling berhak untuk mendapat penghargaan di atas apa yang kita lalui selama ini. Mama tahu, kita tidak boleh meletakkan seluruh keputusan untuk diri kita di tangan orang lain, tetapi alangkah bersyukurnya mama apabila di sisi mama ada seorang insan yang mempercayai setiap kebolehan mama, yakin dengan diri mama walau di saat mama sendiri tercari-cari di mana keyakinan itu. Banyak yang abah ajar. Tidak cukup ruang untuk mama mengupas satu persatu. Mama belajar dari sikap abah dan mama berazam untuk mengikut kualiti yang ada dalam nya, walaupun tidak banyak, sedikit. Terima kasih abah. I love you!

Sejak awal tahun ini, mama asyik dok terfikir-fikir bagaimana agaknya mama dapat memanfaatkan orang lain melalui apa yang telah Allah kurniakan untuk mama. Pasti ada jalan. Setelah mendapat tawaran ini, mama sudah dapat jawapannya. Jalannya cukup indah. Rupa-rupanya bukan saja-saja Allah mengurniakan bakat ini kepada mama, bahkan adalah untuk mama berkongsinya dengan orang lain. Maka dengan ilmu mama yang tidak seberapa ini, dengan pengalaman mama setakat ini mama akan cuba mencurahkannya dalam buku itu nanti dan harapan mama hanyalah satu. Semoga apa yang mama kongsikan dapat memberi manfaat kepada mereka yang membacanya In shaa Allah.



akan bersambung....

Read more...

Tuesday, May 13, 2014

Mama menulis.



Alhamdulillah, hari ini Bab 1 telah berjaya mama sudahkan. Masih ada 9 bab lagi. Langkah seterusnya adalah menghantar penulisan mama itu kepada project manager mama untuk disemak. Berdebar-debar rasa hati untuk menanti apa kata project manager itu nanti. Mama dah cuba yang terbaik, sekarang tugas mama hanya berdoa dan tawakkal sahaja. Apapun maklum balas nya nanti akan mama terima dengan hati yang terbuka. Belajar dan terus belajar. Beginilah lumrah hidup mencuba. Dan Allah jua lah yang mengurniakan segala ilham.

{di lain entry nanti akan mama cuba ceritakan tentang perjalanan mama yang baru ini ya :-)}

Terima kasih kerana ada selalu dengan mama!

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP