Monday, March 30, 2015
Be brave
- David Duchemin (he is mom's favorite writer)
Thursday, March 19, 2015
Anak Abah
Mama dan Abah paling suka tengok waktu kamu sedang tidur. Kadang-kadang bila kamu sudah nyenyak di atas katil, kami berdua akan mengintai dari pintu bilik. Mulalah selepas itu macam-macam yang kami bualkan tentang kamu. Abah tidak habis-habis akan cakap kamu sudah 'panjang'. Dulu kamu hanya se'panjang' hujung jari ke siku Abah sahaja. Sekarang kamu sudah besar. hampir sama tinggi dengan Mama.
Lihat gambar-gambar ini. Memang kamu sudah besar rupanya. Dulu selamba Abah mengangkat kamu kalau kamu tertidur dalam kereta pulang dari jalan-jalan. Abah angkat naik atas letak kamu di dalam bilik. Sekarang masih juga Abah angkat kadang-kadang. Tapi ada 'pit stop'. Abah letak kamu atas sofa dulu. Minum air dahulu. Rehat. Kemudian baru angkat kamu perlahan-lahan naik tangga terus ke bilik. Kemudian Abah termengah-mengah ketawa bagitau Mama, Abah sudah tak larat nak angkat kamu. Mama? Mama pernah cuba juga untuk angkat kamu. Tapi maaf Mama tak larat langsung dah. Sebab kamu berat! Waktu mama tulis ini, berat kamu sudah pun mencapai 28 kg. Alhamdulillah. Kamu membesar dengan sihat.
Walaupun kamu semakin besar panjang, tapi mama gembira melihat saat-saat seperti ini, melihat hubungan akrab kamu dengan Abah. Masih macam dulu. Masih macam budak-budak kecil. Kamu masih boleh manja-manja dengan Abah. Tidak kisah dipeluk-peluk, dicium-cium. Malah hobi kamu adalah memeluk Mama dan Abah kata kamu. Kamu tidak malu mengucapkan I love you. Sering sahaja mama dengar ucapan itu dari mulut kamu. Moga sampai besar kamu mahu mengucapkannya untuk Mama dan Abah kamu. Abah juga memang sejak kecil sangat rajin melayan kamu. Mama selalu rasa 'lega' bila Abah ada bersama. Banyak kali mama dapat 'curi-curi' ruang. Siang tadi waktu kita makan nasik lemak berdua, kamu cakap " Kan best kalau Abah ada." Mama tanya kenapa? Kamu jawab "kerang ni pedas sangat, kalau ada abah, mesti Abah bersihkan bagi kerang ni tak pedas, baru bagi Irfan makan." Iye, sampai ke tahap itu Abah sungguh-sungguh melayan kamu. Sebab itu bila kita keluar sama-sama, Mama asyik tersenyum sahaja.
Terima kasih Abah! Atas jasa-jasa, atas semua yang Abah buat untuk Irfan dan Mama.
Read more...
Sunday, February 8, 2015
Saturday cruising
Sabtu kita penuh. Pagi-pagi lagi kamu dan Abah meneman Mama fotoshoot di studio. Selesai mengambil gambar client, kita baring-baring menyemai mimpi lagi buat yang sekelian kali (tak mengapa angan-angan biar tinggi). Sambil itu mama ambil gambar kamu dengan Abah di dalam studio. Tengahari, kita pulang ke gombak melawat Atok dan Nenek. Langkah kanan, anak Nek Angah bertunang, maka dengan membawa perut yang lapar, kita makan banyak-banyak di kenduri. Serius memang banyak! Dua pinggan nasik Mama habiskan! Sudahlah minggu lepas dua pinggan nasik arab Mama makan masa kenduri Auntie Ada. Dalam syukur mama pengsan!
Petang, kita ke Tasik Titiwangsa.. jalan-jalan hirup angin petang, konon-konon hendak membuang lemak dek makan terlebih tadi. Dengan menyewa roller blade rm10 sejam di situ kamu pun menyusur taman.
Mama tak jumpa satu ayat yang boleh mengekspressi perasaan mama waktu mama melihat kamu dengan Abah begini, melihat setiap tawa riang dan gelak kamu, menyaksikan Abah melayan kamu sepenuh hati. Satu rasa yang Allah aje yang tau. Syukur mama dapat merakamnya sebab kamera ada dibawa. Alhamdulillah untuk satu rahmat yang amat besar Allah beri pada kita sekeluarga. Suatu yang lebih bernilai dari wang ringgit. Orang kaya pun tidak mampu membelinya. Moga kasih sayang selalu tersemat dalam jiwa kita sampai bila-bila.
Read more...
Saturday, January 31, 2015
January 2015
Untuk bangun setiap pagi dengan hati yang segar. Hati yang baru. Hati yang penuh dengan cinta. Sebuah matlamat peribadi yang ingin dicapai pada tahun ini. Ingin mengasihi semua orang tanpa syarat. Mahu berusaha melihat lebih banyak kebaikan manusia tanpa alasan. Kerana saya belajar, apabila segenap ruang hati sudah penuh diisi dengan kasih dan sayang, tiada lagi lubang-lubang untuk kebencian menerobos masuk. Izinkan saya menyayangi kamu, menyayangi mereka semua. Tanpa syarat.
Week 2
Tuesday, December 16, 2014
Kampung Boy at heart | Part 1
December A to Z { I for Ikan sembilang }
December A to Z { H for Helpful }
December A to Z { G for Grandma }
A very special Grandma.
Having breakfast with Nenek at her favorite stall. Read more...
December A to Z { F for Family }
December A to Z { E for Excited }
Excited dapat balik Sg Koyan rumah nenek. Dapat lari dan main puas-puas di tanah lapang. Dapat berjemur di tengah matahari terik. Dapat piknik-piknik makan kat laman. Dapat berbasikal keliling kampung. Alhamdulillah, mama bersyukur Irfan dapat merasai pengalaman ni. Nanti mama buat separate entry tentang Irfan dan kampung Sungai Koyan ya :-) Read more...
Monday, December 15, 2014
December A to Z { D for Drawings }
December A to Z { C for Cengkerang }
Friday, December 5, 2014
December A to Z { B for Beras }
Cuti-cuti sekolah macam ni, dapat lah selalu tolong mama cuci beras, masak nasik, potong sayur, basuh pinggan, ye Irfan :-).
Selalu kalau mintak bila hari sekolah, mama asyik cakap "cepat,cepat,cepat!" ajer ye..
Ha sekarang bolehlah masak nasik puas2. Bangga setiap kali waktu dinner, mesti kamu bagitau abah "Irfan la yang masak nasik hari ni, Abah!"
Read more...
Wednesday, December 3, 2014
December A to Z { A for Al-Quran }
Ok, till alphabet B ;-)
Read more...



































