Jumpa lagi, Nenek
Ni beberapa minggu lepas.. dok peluk cium nenek masa nak balik umah lepas berbuka di Gombak.
Ni beberapa minggu lepas.. dok peluk cium nenek masa nak balik umah lepas berbuka di Gombak.
Irfan,
Bulan Ramadhan tahun ini pada mama penuh dengan ujian. lepas satu satu ujian yang datang. Tapi mama bersyukur kerana ia datang dalam bulan mulia ini.. sebab di bulan ini lah kita digalakkan untuk bersabar. bukan sahaja bersabar menahan lapar dan dahaga tetapi juga bersabar hati dan jiwa waktu dugaan dan ujian datang.. Bila diuji begini.. selalunya mama akan muhasabah diri.. melihat diri di mana silap mama dan mama akui mama banyak dosa yang telah mama lakukan samada mama sedar atau tak.. lalu mama bersangka baik pada Allah.. Allah tidak akan menguji seseorang luar dari batas kemampuannya... mama pernah baca dulu.. ujian juga merupakan kifarah dosa untuk seseorang asalkan kita sabar dengan penuh tenang menghadapinya.. mama juga benar2 berharap ujian2 yang mama lalui ini juga meruapakan kifarah dosa2 yang telah mama lakukan sebelum ini.. Lalu kerana ujian inilah.. mama benar2 bersyukur.. Terima kasih Allah.
Irfan, sebagai manusia kita tidak akan tahu apa yang tersirat dalam hati manusia yang lain.. kita tidak tahu samada orang itu ikhlas ataupun tidak.. apa yang penting, Irfan sentiasalah bersangka baik kepada semua orang.. bersangka baik bukan bermaksud Irfan senang untuk di pijak2.. tidak salah Irfan beralah.. irfan bersangka baik.. kerana hanya itu cara untuk kita membersihkan hati dan itu juga salah satu cara suapaya kita tidak mengandaikan hanya diri kita sahaja betul dan orang lain pula semua salah.
Baru2 ni mama diuji agak perit juga.. bila mama memberi bantuan tetapi dibalas tidak baik.. bahkan bukan itu sahaja tetapi mama juga turut diburuk-burukkan orang. Tapi macam mama cakap.. mulanya mama akan melihat dulu diri mama mungkin selama ni mama ada melakukan kesalahan yang mama tidak tahu.. lalu diberikan ujian ini.. supaya lepas ni mama tak buat salah yang sama.. atau juga mungkin Allah ingin mengingatkan mama agar sentiasa berhati2 dalam pergaulan agar tidak mudah percaya kepada orang.
Sakitnya memang ada lebih2 lagi bila datang dari orang yang kita sudah anggap kawan. Takpe.. Irfan ingat, bila irfan suatu hari diuji begini, bersabar dan muhasabah lah diri Irfan. Kerana dengan keihklasan irfan menolong orang, kesabaran Irfan insyaAllah lambat laun Allah akan memberi ganjaran untuk Irfan. Mungkin Irfan tidak akan dibalas baik oleh orang yang Irfan tolong tadi, tetapi percaya dalam hati Allah itu maha berkuasa.
Alhamdulillah, semalam sesuatu yang mama sangat tak sangkakan berlaku dalam hidup mama. Alhamdulillah.. terima kasih Allah yang menurunkan mama dugaan dan ujian kerana dengan berkat kesabaran dan kepercayaan kebaikan itu terbalas juga.
Kelmarin, Boss yang menyewa sebelah ofis kita datang ketuk pintu studio kita.. Dia menanyakan tentang pakej2 yang kita provide untuk client. Mama pun terangkan lah.. dan mama mintak maaf sebab selalu kunci pintu.. so nampak macam tak inviting studio kita tu untuk orang luar.. especially dengan 'jiran' sebelah mama rasa bersalah sangat.. ye lah sepatutnya kan kita kena bermesra dengan jiran2.. bila pintu sentiasa berkunci macam tak mengalu alukan pulak orang datang. Bukan mama taknak bukak.. tapi mama rasa bahaya esp mama selalu ada kat belakang.. takut tak tahu apa yang jadi didepan nanti.. Mama cakap dekat dia mama dan abah ada plan nak install pintu kaca.. so orang luar boleh lah nampak kat dalam and gallery kita pun nampak lah inviting sikit. Tapi mungkin makan masa sikit. Tanpa mama duga, uncle tu cakap.. dia nak bagi mama pintu kaca.. dia kata kalau nak install pun makan dalam 700 ringgit.. kebetulan dia ada 2 pintu kaca lama yang tidak digunakan sebab dia dah install yang baru. mama tergamam.. sebab itu kali pertama mama berborak dengan dia dan dengan rela hati dia ingin memberi kepada kita. pemberian tu mama terima dengan hati yang terbuka. Lalu semalam uncle coki dan uncle tu pun bawak masuk pintu tu kat opis kita. Nanti abah cari org untuk installkan. Bukan itu sahaja, malah uncle tu telah pun book satu photography session dengan EOG. Alhamdulillah.
Kita mungkin tak mampu menghulurkan bantuan dari segi barang atau harta sebagai balasan.. tetapi bagaimana bentuk balasan yang kita perlu bagi untuk orang yang sebegini? Ucapkan terima kasih, dan selitkan juga doa untuk dia dalam doa2 harian kita agar rezekinya dimurahkan.. agar Allah menyayangi dan sentiasa memelihara dia dan keluarganya insyaAllah.
Ok Irfan harap Irfan dapat belajar dari cerita mama ni.. Ingatlah, berbuat baik jangan diminta balasan k!
Irfan,
Untuk mencapai cita2 bukanlah mudah. Banyak yang bakal Irfan lalui.. penat lelah sudah menjadi perkara biasa.. inikan pula mengahadapi hasat dengki orang lain.. sudah pasti awalnya irfan akan merasakan itu yang paling menyakitkan.. lebih2 lagi apabila mendapat respon sebegitu dari orang yang Irfan kenali.. Apa yang lebih pedih apabila kita sudah menganggapnya sebagai kawan.. meletakkannya di satu tempat dalam hati kita.. mama.. apabila sudah berkawan.. mereka semua ada tempat istimewa dalam hati.. tapi.. apabila rasa diri dikhianati..bertenanglah Irfan... Allah itu Maha Mengetahui.. Bergantunglah kepadanya setiap masa..
Mama selalu bermohon agar anak mama dilindungi hatinya.. dikurniakan hati yang putih bersih sehingga Irfan besar.. kerana segala kekuatan itu terletak pada hati.. apabila kita gembira.. hatilah yang akan mengajar kita supaya sentiasa bersyukur.. bila kita marah hati juga yang akan mendorong kita untuk lebih bersabar.. apabila kita sedih.. hati juga yang akan membantu supaya kita akan menjadi tabah. Semoga luhurlah peribadimu Irfan.. seluhur hatimu ketika kamu masih bayi dan kanak-kanak.
Mama mungkin takde harta yang banyak untuk mama curahkan buat Irfan bila Irfan besar nanti.. tapi mama tahu mama ada hati yang kuat untuk dijadikan contoh untuk anak mama.... untuk di warisi oleh Irfan.. kadang2 hati mama terusik juga dan kadang2 juga hati mama sakit lunyai dikerjakan orang.. diperli orang.. di cucuk2 orang.. samada terang terangan ataupun disorokkan.. mama juga belum cukup sempurna.. tetapi mama cepat2 minta agar Allah berikan mama petunjuk dan kesabaran.. lebih2 lagi dalam keadaan mama sekarang.. mama perlukan kekuatan untuk meneruskan cita-cita mama. Dan paling utama mama minta hati mama kuat agar tidak menjadi seperti mereka yang sentiasa menyakiti. Wahai hati.. sabarlah.. Ada nikmat disebalik kesabaran ini..
Mohonlah selalu Irfan agar dikurniakan hati yang putih bersih.. hati yang baik seluhur luhurnya.. jangan ada rasa dengki dalam hati Irfan apabila melihat kejayaan orang lain.. jangan mengkhianati sesiapapun yang ada dalam dunia ini.. kuatkan hati Irfan.. cekalkan hati Irfan.. kerana hanya orang yang bersabar sahaja yang akan berjaya. Andai ada yang menyakiti Irfan kelak (yang mana mama doakan itu tidak akan berlaku) Lama kelamaan berkat hati yang kuat, hati yang bersih.. Irfan pasti akan lali dengan cemuhan orang dan kesakitan yang orang lain buat kepada Irfan. Jangan sesekali Irfan membalas.. sebab andai Irfan membalas, kelak Irfan akan menjadi tidak ubah seperti mereka.
Mama dan Abah sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup Irfan.
Membesarlah dengan hati yang bersih mengiringi perjalananmu.
"Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)." ~ Al-fat-h ayat 3
"(Tuhan yg m'buka jalan kemenangan itu) Dia lah yg menurunkan semangat tenang tenteram ke dlm hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana." .~Surah Al-Fat-h ayat 4
Ni Adik Irfan.. anak Mommy.. camne nak ckp ye.. sepupu actually irfan berdua ngan dia.. tapi irfan suka kata marissa adik Irfan.. ni masa kat rumah nenek last week lepas 2 minggu tak jumpa.. irfan kata rindu dia sangat.. everytime nak gi jumpa marissa.. mesti irfan tanya.. marissa dah kenal irfan ke..? dah boleh bercakap ke..? heheh... sabar ye... nanti dia besar sket kita main puas2 ye dengan dia..
Gambar adik marissa menimbun mama amik.. tapi yang ni 1st time letak kat sini... hari tu sempat berfotoshoot dengan newborn marissa tapi gambar2 mama letak kat eog fan page.. tak sempat le cayang nak update semua kat sini.. ni pun kelam kabut menulis nih..
Ok till next time.. Love you.
Love your adik ok!
... and Mama's Sweetheart
Irfan, this is a wonderful view of you and Abah.. and mama loves to see this kind of bonding you've had together.. May it will remain forever.. be our bestfriend, My Son!
Hope these pictures will remind you one day that you both are close with each other and your cousin is your bestfriend!
Irfan mama rasa nak nangis ni.. ni dah malam hari jumaat lagi dua hari nak ke event launching gallery kita ni., tapi rasa macam banyak je belum siap nih.. cat belum settle.. langsir sudio lum pasang.. keadaan bersepah2 lagi.. meja lum letak.. huhuhu nak nangis sangat rasanya ni.. tapi irfan dah tido.. lega. tidur lah nyenyak2 ye irfan.. mau tak tido mama dengan abah mengerjakan semua ni rasanya.. hmmm...
ok .. ni gambar.. irfan dekat kita punya ala2 studio.. heheh actually memang kita nak buat studio pun.. nanti lah bila betul2 dah kompem baru kita leh warwar kan k.. mintak2 lah semua menjadi as planned.. pastu kita leh la buat promo lagi untuk kawan2 mama yang sentiasa menyokong EOG. mari kita berdoa.. seperti mana irfan selalu berdoa nak adik tu... " YaAllah ya Tuhanku.. bagilah perut mama ada baby.. baby girl yang comel.. amin ya rabbal alamin "
ok luv u!
selepas penat berkayuh di atas basikal..
Gambar lama daaa.. baru sedar..dah lama tak amik gambar irfan.. semalam ada amik gambar dengan baby mami.. heee.. nanti mama upload!
Irfan, di saat Irfan enak tidur ni.. ada seseorang sedang bertarung nyawa di bilik bersalin.. iaitu kakak mama yang Irfan panggil Mami. mami sedang bertarung nyawa untuk melahirkan adik buat Abg Arash, Kakak Lia dan adik untuk Irfan juga. tadi mama dapat sms dari mami yang mengatakan dia dah nak masuk labor room. Before tu hari ni Irfan asyik tanya mama.. mami dah keluar baby ke belum. Lamanya baby dalam perut mami. Apa nama baby tu? Irfan dah lupa.Ever since mami was pregnant.. irfan memang excited sangat nak jadi "abang". you send sms to her rite before she went to the labor room. Ni apa yang Irfam suruh mama tulis tadi kat hp :
"Mami sakit sangat ke? sian mami. sakit betul ke? mami suka ke sakit banyak2? sian mami. nanti Ipan doa bismillah."
what a thoughtful son & nephew u are. i believe your words has made mami smile and at least ease her pain sebelum dia bertarung nyawa. You have always been a little joker in our family. Your words always make us smile and laugh with your spontaneous.
Baby dalam perut mami sudah overdue 3 hari. mami dah dimasukkan ke dalam ward since pagi semalam.. but no sign to deliver except mami kata dah sakit tapi bukaannya cuma 3cm. Maybe mami kena induce kalau baby tak moh kuar jugak. I don't want to ask her further takut mami tense.. and nenek pun dah send sms to all mama's siblings to pray for mami supaya mudah mami melahirkan. That is what we do now.
We doa for mami yer Irfan and kita tunggu berita gembira insyaAllah in very2 soon!
Dalam keta nak gi tengok wayang kat Alamanda... Irfan sibuk membaca2 road sign or apa sahaja yang irfan nampak sepanjang perjalanan. Ada yang betul.. ada yang tak. Antara satu yang betul.. you read "AWAS" correctly.
Abah : Irfan, what is AWAS in english?
Irfan : Wassup!!!!
Mama : hahhahaha (rasa nak guling2 bawah seat time tu jugak)
Suka benarlah dia buat muka macam ni sekarang ni... geget kang!!!
kembang2 hati mama bila dapat lukisan ni dari Irfan
ni lagi kembang hati tengok gambar ni... perasan ala2 macam pengantin baru di majlis kenduri kawen org lain.. layan perasaan sket kami berdua hari tu bila dengar lagu2 kawen berkumandang di majlis kenduri cousin babah irfan nih.. terimbau2 pulak zaman2 7 tahun nan lepas.. hikhikhik...
© Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP