Thursday, July 17, 2014
Thursday, June 26, 2014
Panggilan pulau.
Pulau Kapas.
June 11th - 13th, 2014.
Serba serbinya sederhana.
Bermakna belajarlah hidup dengan apa yang ada. Tidak merungut-rungut. Tidak meminta-minta.
Cuma syukur rasa kaki sudah dijejak di sini.
Menatap langit nan biru, lautan nan luas, membenam kaki ke dasar pasir, membasah diri mengamati makhluk Tuhan yang bagaimana yang hidup di bawah sana.
Maka, bersyukurlah untuk kesempatan ini.
Dapat dibawa lagi diri ini menghirup udara pulau. Merasa nikmatnya angin yang menghembus, merasa kasih sayang Tuhan melalui teriknya matahari. Agar tidak hujan, agar anak-anak ini gembira dapat merasai indahnya bumi ciptaan Tuhan mereka, melihat ikan-ikan, melihat makhluk di lautan..
agar bila besar nanti, tahu mereka.. bumi ini luas. Maka terokailah.
Bacalah rahsia yang terselindung di sebaliknya.
Read more...
Friday, May 23, 2014
Ilham dan seni
Ilham dan ahli seni itu bersahabat karib. Ada waktu ilham meluncur laju macam air sungai tidak dapat disekat-sekat. Ada waktunya sepi, oh apakan daya. Oleh kerana itu, tempat seperti ini mama kira sangat elok dikunjung bagi orang-orang yang ingin merangsang minda kreatif, berkhyal berimaginasi dan menjana idea untuk berkarya. Tidak kiralah meng karya apa pun. Mahu melukis, menulis, merakam foto, mencipta apa jua, terpulang. Balik nanti bakal kunjung ilham yang baru :-)
Moga
hari ini kamu telah belajar yang seni itu adalah dari keindahan. Yang
indahnya itu dilihat melalui mata, didengar dengan telinga, dirasa
melalui hati dan jiwa. Yang memberi mata, telinga dan jiwa itu, tidak
lain Allah nya lah jua. Yang memberi ilham terhadap indahnya seni itu
dilakar, bukan yang lain malah dari Tuhan nya jua.
Seni itu lahir dari sifat cinta datangnya dari hati. Cinta yang diberi
dalam setiap hati manusia oleh Ar Rahman dan Ar Rahim. Yang meletakan
cintaNYA di tempat paling atas dalam 99 nama-namaNYA.
Maka
moga hati kamu akan sentiasa memandang setiap yang ada di
sekelilingmu dengan rasa kasih dan penuh cinta. Dilihat segala isi
bumi, laut, langit dan bintang-bintangnya dengan hati yang penuh cinta.
Biarlah rasa kasih itu menjalar dalam tubuhmu sehingga ke akar umbinya.
Kerana dunia ini mahu kan yang lebih pandai mengasihi bukan banyak yang membenci-benci.
Tengoklah gambar-gambar di bawah ini tentang bagaimana kamu berkhayal dan berimaginasi. Tempat ini namanya The Atmosphere, letaknya di Seri Kembangan Selangor.
Read more...
Wednesday, May 21, 2014
Rindunya Kemaman!
Read more...
Monday, May 19, 2014
Melaluinya Mama belajar | Part 3
Sambungan dari bahagian 2
Menanti penuh debar
Setelah siap, mama minta abah semak kan dahulu untuk mama, kemudian mama email kan draft itu kepada editor mama. Rasanya mama sudah buat sekadar yang termampu, sekarang masanya untuk kita berdoa dan bertawakkal.
Menerima reaksi positif
Tidak lama, malam selepas siangnya mama hantar draft tersebut, mama menerima balasan email daripada editor mama. Mama cukup bersyukur dengan respon yang diberikannya, walaupun mama rasa mama ini tidaklah layak untuk diberi pujian sedemikian rupa lebih-lebih lagi mama sangat baru dan sangat banyak tidak tahu. Ini adalah percubaan pertama. Tetapi waktu editor mama cakap..
"I have a very great expectation about this book."
dan beberapa lagi ayat-ayat yang lahir dari mulutnya yang membuat mama rasa..
syukur lah barangkali ini tanda mama sudah memulakan satu perkara dengan betul. Terima kasih Tuhan.
Editor mama mengatakan yang dia 100% bersetuju dengan semua draft yang telah mama tulis, dan tiada apa lagi yang dia perlu baiki tentang draft tersebut. Katanya draft itu boleh dikatakan cukup terperinci - yang mana sebenarnya dia tidak sangka mama akan memberi perincian sedemikian rupa sebab dia ingat mama akan memberi draft ringkas sahaja. Katanya, dalam minggu itu pihak MPH akan menghantar draft kontrak melalui email untuk mama baca terlebih lalu sebelum mama menanda tangan.
Alhamdulillah. Macam yang mama cakap tadi, tiada lain melainkan Allah jualah yang menolong. (dan sudah tentu sahaja dibantu oleh pengkritik hebat mama yakni abah!)
Apa yang mama belajar :
Akan bersambung di bahagian 4...
Thursday, May 15, 2014
Melaluinya Mama belajar | Part 2
akan bersambung di bahagian 3...
Read more...
Melaluinya Mama belajar | Part 1
"It takes time to achieve something, to see the results. No matter what it is – failure or victory. You can’t have it right away. You have to take off the pride, the rush and look at the situation realistic and do your best in it. At the end, journey itself gives you fulfillment and meaning, and the result is just a gift for your experience."
Keesokan hari mama masih belum mendapat sepenuh keyakinan. Hati rasa tidak mampu. Mampu kah? Ada masa kah? Cukupkah ilmu? Semuanya itu berlegar dalam kepala. Mama tidak lupa kita ada Allah untuk bergantung harap dan mengadu tentang apa sahaja yang kita mahu. Lalu mama terus terusan berdoa.. seandainya memang Allah dah tetapkan ini adalah rezeki buat kita, mama pohon Allah menggerakkan hati mama untuk merasa ikhlas dan meneruskan apa yang mama lakukan, dan meminta Allah memudahkan jalan untuk mama. Sendainya tidak, mama mohon hati yang redha dengan apa sahaja ketentuan yang telah ditetapkan untuk mama. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit mama nampak jalannya. Allah memudahkan dan membuat lorong ini cantik untuk mama pada permulaannya.
Apa yang mama pelajari :
Peluang datang dalam pelbagai bentuk. Bagaimana kita memanfaatkan peluang dan bertindak terpulang kepada diri sendiri. Mama bersyukur mama tidak mengambil masa yang lama untuk berani mengambil langkah yang pertama. Sesungguhnya untuk ambil first step, mengambil keputusan untuk mencuba itulah yang memerlukan satu keberanian yang luar biasa. Mama bersyukur juga kerana mama pada awalnya berjaya bersaing dengan perasaan mama sendiri. Perasaan tidak mampu, takut, fikir yang bukan-bukan, tidak berani berimpian terlalu tinggi, telah berjaya mama letakkan ke belakang. Pada mama kejayaan bukanlah apabila mama berjaya menyiapkan buku ini, tetapi kejayaan adalah bagaimana mama mengharungi perjalanan ini dan menempuh satu persatu cabaran yang datang. Itu lah berjaya pada mama. Selepas ini mama akan lebih menghargai setiap satu kejayaan kecil yang terhasil, tidak kira lah samada berjaya mengatasi sikap-sikap mama yang negatif, atau pun hanya berjaya menyiapkan satu perenggan demi satu perenggan buku itu. Mama akan belajar lebih menghargai.
Mama sedar keyakinan mama tidak akan datang sendiri tanpa insan yang penting dalam hidup mama iaitu abah irfan. Setiap impian mama, setiap apa yang mama lakukan, daripada dulu sampai sekarang, abah lah orang pertama yang melahirkan rasa yakinnya terhadap diri mama. Sokongannya tidak pernah padam. Kalau tidak ada abah malam itu, mungkin sahaja mama masih mencongak-congak samada mahu terima tawaran itu atau pun tidak. Maka jadilah mama orang yang rugi. Tetapi alhamdulillah, Abah lah orang yang paling berhak untuk mendapat penghargaan di atas apa yang kita lalui selama ini. Mama tahu, kita tidak boleh meletakkan seluruh keputusan untuk diri kita di tangan orang lain, tetapi alangkah bersyukurnya mama apabila di sisi mama ada seorang insan yang mempercayai setiap kebolehan mama, yakin dengan diri mama walau di saat mama sendiri tercari-cari di mana keyakinan itu. Banyak yang abah ajar. Tidak cukup ruang untuk mama mengupas satu persatu. Mama belajar dari sikap abah dan mama berazam untuk mengikut kualiti yang ada dalam nya, walaupun tidak banyak, sedikit. Terima kasih abah. I love you!
Sejak awal tahun ini, mama asyik dok terfikir-fikir bagaimana agaknya mama dapat memanfaatkan orang lain melalui apa yang telah Allah kurniakan untuk mama. Pasti ada jalan. Setelah mendapat tawaran ini, mama sudah dapat jawapannya. Jalannya cukup indah. Rupa-rupanya bukan saja-saja Allah mengurniakan bakat ini kepada mama, bahkan adalah untuk mama berkongsinya dengan orang lain. Maka dengan ilmu mama yang tidak seberapa ini, dengan pengalaman mama setakat ini mama akan cuba mencurahkannya dalam buku itu nanti dan harapan mama hanyalah satu. Semoga apa yang mama kongsikan dapat memberi manfaat kepada mereka yang membacanya In shaa Allah.
akan bersambung....
Tuesday, May 13, 2014
Mama menulis.
Alhamdulillah, hari ini Bab 1 telah berjaya mama sudahkan. Masih ada 9 bab lagi. Langkah seterusnya adalah menghantar penulisan mama itu kepada project manager mama untuk disemak. Berdebar-debar rasa hati untuk menanti apa kata project manager itu nanti. Mama dah cuba yang terbaik, sekarang tugas mama hanya berdoa dan tawakkal sahaja. Apapun maklum balas nya nanti akan mama terima dengan hati yang terbuka. Belajar dan terus belajar. Beginilah lumrah hidup mencuba. Dan Allah jua lah yang mengurniakan segala ilham.
{di lain entry nanti akan mama cuba ceritakan tentang perjalanan mama yang baru ini ya :-)}
Terima kasih kerana ada selalu dengan mama! Read more...
Saturday, May 10, 2014
Protect your dream
You want something, go get it. Period."
~ Pursuit of Happiness
You are not taking the wrong path
Life is full of opportunities. The life path we take is a sum of decisions we make. In life, there is no right or wrong choice of path because your decision will only lead you to different opportunities.
It doesn’t really matter which way you take because you never know what is going to happen anyway. Just be brave and take on the path you’ve decided and don’t look back. When you feel like going back or imagining how it’d be like if you took the other path, think about why you decided to take this path in the first place.
Remember, you’re already luckier than many people if you can choose your own path. So don’t regret the decisions you’ve made, look ahead and embrace the challenges and chances. Different paths may allow you experience differently, but at the end of the day, you’ll still have a brilliant life that is unique to you.
[taken from one of mama's fav motivation website]
* Dan di dalam Islam, sekiranya kamu was-was untuk memilih satu daripada dua jalan, lakukan lah istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah. Dan apabila setelah kamu diberi petunjuk, yakinlah dengan keputusan yang telah kamu buat. Teruskan lah berdoa dan meminta kamu dikuatkan semangat meneruskan jalan yang telah kamu pilih. * Read more...
Thursday, May 8, 2014
Luaskan perspektif, jumpalah kawan-kawan!
Kamu perlu bantu diri kamu untuk meluangkan masa untuk bertemu. Lihat reaksi dan tindak balasnya ketika berbicara. Selami hatinya, fahami situasi nya. Budi bahasanya ketika berkomunikasi, perhatikanlah. Yang baik-baik contohilah. Belajar daripada pengalamannya. Lihat semangatnya. Dengar pendapatnya, dan lahirkan pendapat kamu pula secara jujur. Terlalu banyak kualiti yang baik sebenarnya dapat kita contohi melalui sahabat. Kamu tidak semestinya perlu 'sekepala' dengannya untuk mencipta keserasian, sebab lagi banyak kamu kenal lebih ramai manusia, lebih berkembang fikiran kamu untuk melihat sesuatu situasi daripada sudut yang berbeza-beza.
Read more...
The peak of giving
Help people to achieve their dreams as much as we want our dreams to be fulfilled.
Encourage them to pursue their dreams no matter what.
If you are already up there, help them to climb as high as you.
Offer your helping hands, spare your times whenever they are in need.
Trust in them and make them happy.
Love,
Mama Read more...
Wednesday, May 7, 2014
Pertama kali
Semua orang bermula dari saat pertama. Semua orang mempunyai pengalaman pertama kali. Tiada orang terus pandai dan hebat dalam sesuatu perkara yang dilakukan tanpa perlu melalui pengalaman pertama kali. Yang paling penting adalah bagaimana seseorang itu mengambil keputusan untuk memulakan.
Kebiasaannya, pengalaman pertama tidak akan berlaku dengan sempurna. Ada cacat di sana sini itu biasalah. Jangan terlalu mengharap kesempurnaan. Mungkin ada yang tersilap itu dan ini, tapi itulah keseronokannya di mana kita lebih kenal tentang diri kita dan terus mencabar kemampuan diri sendiri. Buka pintu hati untuk belajar. Lapangkan dada untuk dikritik. Bersedia untuk sebarang kemungkinan; baik atau pun sebaliknya. Kerana semua itu akan menjadi cikgu akan dirimu.
Minggu ini mama memulakan sesuatu untuk kali yang pertama. Sepertimana mama mengambil gambar dari hati, begitu jugalah untuk yang kali ini.
Dari hati juga mama melakukannya untuk pertama kali.
Usah pening-pening fikir. Usaha sahaja. Just go with the flow.
Selebihnya serahkan pada Allah. Read more...
Tuesday, May 6, 2014
Bangkit dari hikmah.
Orang yang positif bukan tidak pernah mengalami kekecewaan. Orang yang positif bukan tidak pernah merasa kepayahan dan kesedihan. Malah orang positif juga pernah merasa kegagalan dalam hidupnya.
Tetapi orang yang positif mengambil peluang belajar daripada kekecewaan dan kegagalannya. Sedihnya tidak lama, kecewanya sederhana. Orang yang positif melihat pengalaman itu sebagai satu pengajaran yang mematangkan. Orang positif bangkit dengan mengutip kembali segala ilmu yang telah diperolehi semasa saat kejatuhannya, muhasabah akan dirinya, lalu dia teruskan berjalan untuk membina satu harapan yang baru, tidak menoleh ke belakang lagi.
Orang positif yakin, apa yang tidak ditakdirkan untuk dirinya bermakna Allah yang mengatakan itu bukan baik untuknya. Orang positif yakin rezeki yang diberikan Allah datang dalam pelbagai bentuk dan bukan semestinya seperti bentuk yang dia mahukan. Orang positif sentiasa bersyukur walau pun di beri ujian, kerana kalau tidak kerana ujian itu, dia tidak akan belajar.
Dan orang positif tidak memandang kegagalan itu sebagai satu kegagalan tetapi dia memandangnya dari sudut hikmah yang tersembunyi.
Lalu orang yang positif akan terus melangkah yakin dan berterima kasih kepada Tuhannya, kerana Tuhannya itu lah yang membenarkan dan memberi keyakinan itu terus lekat dalam dirinya. Tiada daya dan kekuatannya melainkan dari bantuan Tuhannya sahaja.
Laahawlawalaa quwwatailaabillahil'ali il 'azim. Read more...














































