Cuti Merdeka!
Felda Sungai Koyan. Bukanlah tempat di mana saya dilahirkan. Tapi di tanah rancangan Felda inilah saya mengharungi zaman kanak-kanak bermula sejak saya masih bayi berumur dua tahun. Apabila saya di tingkatan dua, kami berpindah menetap di Gombak, kerana pendapatan di Felda sudah tidak lagi dapat menampung kami 9 beradik. Babah perlu mencari kerja lain di Kuala Lumpur. Maka tanah ini kami tinggalkan sementara meneruskan kehidupan yang banyak cabaran di Kuala Lumpur pula. Gombak itulah tempat asal kelahiran saya. Kami tinggal di rumah nenek yang kini sudah diturunkan kepada ibu. Berpuluh tahun berlalu. Setelah rumah di Sungai Koyan terbiar sepi, akhirnya ibu dan babah mengambil keputusan untuk settle down di sana sahaja. Anak-anak semua sudah mendirikan rumahtangga. Ibu dan babah temui bahagia mereka di tempat penuh kenangan ini. Kami anak-anak walau awalnya berat hati, sebab lokasinya yang agak jauh, akhirnya merelakan jua kemahuan ibu dan babah.
Sungai Koyan berada di dalam daerah Raub. Kalau memandu secara santai-santai dari Gombak, jaraknya lebih kurang dua setengah jam perjalanan. Itupun kalau bukan pada musim cuti perayaan. Maklum sahajalah lebuhraya karak itu kalau waktu cuti, bukan main sesaknya. Setelah melalui Bentong, ikutlah tanda jalan menghala ke Raub. Dari Bentong ke Raub, jalannya lurus sahaja (satu ketika dahulu semasa saya kecil, jalannya bengkang bengkok. Menjadi kegerunan kepada kami kerana tiap kali melaluinya pasti ada yang muntah kayak). Sekali sekala terlihat orang menjual nangka madu di tepi-tepi jalan. Kalau musim buah lagi meriah. Memang wajib singgah untuk membeli itu ini untuk dibawa balik. Hari itu kami singgah membeli buah cempedak untuk dibuat cempedak goreng. Kemudian, sampai pula ke pekan Raub. Seterusnya lalu pekan Cheroh, Batu Talam, Tersang dan penghujungya sampailah ke Sungai Koyan. Memang agak pedalaman terletaknya. Kiri kanan dalam perjalanan hanya dihiasi hutan dan pokok kelapa sawit. Kami tidak berani untuk memandu malam-malam kerana tiada lampu jalan di sini. Takut-takut lembu melintas membuat surprise. Hai!! katanya nanti.
![]() |
Pekan Raub |
![]() |
Jalan dari Raub menghala Sungai Koyan |
![]() |
Sudah sampai. Bertemu dengan Sungai Koyan 2 dahulu. |
Memang satu keseronokan bila dapat bercuti meluangkan masa di kampung. Sekarang saya sudah boleh berbangga kerana ada perkataan "balik kampung" untuk disebut. Maklumlah, kalau duduk di Gombak dahulu, segan-segan silu rasanya nak cakap "aku nak balik kampung niiii" hahhaha! Sekarang kembang-kembang hati walaupun dapat nyanyi lagu sudirman Balik Kampung! hohoho Balik Kampung!
Inilah kampung saya. Sungai Koyan!
Begitulah kisah percutian Merdeka kami selama tiga hari dua malam di resort atok dan nenek yang istimewanya tidak terdapat dekat mana-mana resort sekalipun. Special sebab di sini tersimpan pelbagai sejarah. Bercerita berpuluh kali tentang perkara yang sama pun boleh ketawa macam pertama kali mendengar. Anak-anak pun gemar mendengar kisah ibu ayah sewaktu zaman seusia mereka. Apalagi di resort ini host nya istimewa hati penuh dengan kasih sayang. Mana nak dapat kat resort lain kan? Cuba bagitahu. hehehehe.
Sungai Koyan. Dengan izin Allah, pasti kami kan pulang lagi.
2 comments:
Amboi..seronok betul baca..orang dah ada kampung kan. hahahaha lain kali akak pun nak pergi Sg. Koyan jugak. Mana sambal tumbok petai cili padi?
Jom Kak Min. Kita gi Sugai koyan. Lepas tu naik cameron terus. situ ada shortcut ke Cameron tau. Sambal tumbuk ada laa hari tu amik. takdo pulak dalam entry ni ya.
Post a Comment