Thursday, October 20, 2011

Suatu refleksi



Percakapan adalah suatu refleksi.

Penulisan adalah suatu refleksi.

Riak muka adalah suatu refleksi.

Sahabat handai adalah suatu refleksi.

Mama dan Abah juga adalah suatu refleksi.

Semua refleksi tentang diri kamu.

Jagalah seluruh refleksi itu.


Love,
Mama

Read more...

Tuesday, October 18, 2011

Bersyukurlah

Di saat matahari memancarkan cahayanya...



Hingga kering kain baju di ampaian kita..




Di saat langit membiru, cantik kepulan-kepulan awan..




Di saat rama-rama kuning datang menyinggah, penuh asyik kita perhatikan..




Di saat jiran kita yang baik hati memberi kucing-kucing terbiar, makan..




Di saat pokok-pokok tumbuh kehijauan...




Dan... di saat bumi basah disirami hujan...



Bersyukurlah.

Bersyukurlah.

Bersyukurlah, Irfan.

Tiada apa yang susah.

Jika engkau bersyukur.


~ Mama.
our home; 17th Oct '11




** Irfan, Tahu apa maksud nama Irfan?
Irfan = Yang Bersyukur / Berterima kasih.
mama mencari dahulu apakah 'bersyukur' dalam bahasa Arab, lepas tu baru lah mama memberi nama 'Irfan.'
Harapan mama dan abah semoga irfan menjadi anak yang sentiasa bersyukur, insyaAllah.

Read more...

Monday, October 10, 2011

Open your eyes, heart and mind

Assalamualaikum Zaki Irfan.

Subhanallah mama suka sangat lagu ni.. sebenarnya Irfan pun suka.. kita selalu dengar dalam keta pasang CD Maher Zain.
So kat sini mama nak letak link lagu ni terus kat sini.
Supaya suatu hari nanti.. Irfan jumpa balik lagu ni kat blog Irfan dan Irfan boleh dengar dan hayati.
Mama harap Irfan dapat kebaikan darinya ye darling.. :-)

Forever we must thank Allah.







Open Your Eyes Lyrics

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah

Read more...

Thursday, October 6, 2011

Lapar sampai hendak makan tepung..


Irfan,

Kita tidak cakap kita suka makan tepung.
Tapi kita cakap apa yang terhasil dari tepung tersebut. Contohnya seperti cekodok yang mama masak tu.
Jadi penggunaan yang betul adalah
Saya suka makan cekodok.
hehheh tapi takpe, karangan ini mama anggap satu karangan yang penuh jujur.
teruskan usaha anda hingga ke menara gading!


mmuahh mmuahh!

Mama.

Read more...

Wednesday, September 28, 2011

Sedih

Mama sedih sangat la Irfan tak tau kenapa.. Jantung macam berdegup laju. takde apa sebab yang spesifik untuk mama sedih. Tapi mama sedih. Cepatlah Irfan balik sekolah. Tak lah mama sunyi sangat.

Read more...

Monday, May 23, 2011

A photo a day challenge : Day 1



Irfan,

Ni projek mama. Cuba untuk ambil gambar Irfan sekeping sehari. Tengok boleh tak kekal sampai seminggu, sebulan, atau setahun? semoga bila besar irfan suka tengok gambar2 irfan yang mama ambik k!

Love you!

Read more...

Thursday, April 28, 2011

Someone got a new truck!!

and.. its big!!!!
Abah jangan marah :p
Irfan behave semalam so mama belanja irfan toy baru!!!
ni sebenarnya ada remote.. tapi dia lagi suka main tolak2.



ni gambar irfan amik semalam sebelum kitorang gi alamanda.. yang pose kelakar tu dia yang paksa mama buat.

tengok tu.. kan kurus ibu jari kaki mama tu? hahahhahah

Read more...

Tuesday, April 26, 2011

Sweet light, Sweet day, Sweet love.

Rasanya Abah belum tengok gambar2 ni lagi kan. Jom kita letak gambar banyak2 bagi Abah makin rindu dekat kiter... hehhehehe.. Enjoy viewing Bah!!









Read more...

Dan lagi....


MISS YOU MORE AND MORE AND MORE AND MORE!!!!!






Read more...

Sepi tanpa kamu..



I MISS YOU SO!!!!!!!!!!!!!!

Read more...

Monday, April 25, 2011

Biar jauh beribu batu

Hilang di mata, di hati jangan.



Bang,

Irfan ni kalau dapat bervideo cam ngan abang.. dia cam lupa pulak abahnya takde.. macam rasa abah dekat2 je.. tu yang suka sangat bila dapat tengok abah ber YM. Mama selit sikit2 cukuplah.. yang penting tengok dia hepi, sonok rasa.. maklumlah kan dia kalau abang jauh macam org frust bercinta jadinya.. hahahha..

Tadi kan abah suh dia tido then petang ni sambung.. mula2 lepas YM tadi dia buat ni...



Then now.. setelah puas melepas rindu.. tengok ni dia buat apa..



hehehe mesti tak sabar nak tunggu petang tuuuu..

Oklah.. love you. Mama nak sambung keje niiiiii.. muah muah!

Alamak ujan la.. balik lambat lagi nampak gaya.. mama tengok Irfan tido.. mama rasa ada juga baiknya mama tido sekali.. hahhahaha!

Read more...

Sunday, April 24, 2011

Absence makes the heart grow fonder









Selain Abah.. ini pula gambar2 orang yang juga kita rindu sangat2 sekarang..

Ini gambar2 sepanjang menghantar nenek dan atuk berangkat umrah di KLIA.
Rindunya sangat rasa. Bila jauh2 makinlah rindu.
Semoga Atuk dan Nenek dilindungi Allah selalu. Dipelihara diri Atuk dan Nenek, dikurniakan tubuh badan yang sihat sepanjang berada di sana, dapat menunaikan ibadah dengan senang dan tenang.

We love you Atuk & Nenek. We miss you so much!

To Pak Anjang.. terima kasih banyak2 kerana menunaikan hajat Nenek & Atuk yang satu ni. Terima kasih sebab menanggung semua perbelanjaan umrah nenek & atuk. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Pak Anjang dan kami mendoakan Pak Anjang makin dimurahkan rezeki. Amin.

Note to Abah,

We miss you so much too!!!

Read more...

Friday, April 22, 2011

Untukmu, Abah!

Dear Abah,

Sunyi hari kami takde Abah kat sini.
Rindu.
Nanti kite ketemu lagi yaaa!! Ada masa mama cerita2..



ps: Ini gambar lama bah. Mama cuba amik gambar Irfan sepanjang abah far far away.. and ada masa mama letak sini bagi Abah tengok ya!

Read more...

Thursday, April 14, 2011

Sapa budak tak pakai baju tuuuu





Mama pakai gambar irfan ni buat iklan kat blog EOG. Mana tau berkat muka irfan ni ramai yang nak shoot kat studio kita :-)

Read more...

Jemput lalu.. tapi mama nak jemput2 camne?

My darling,

This i requote from my FB status

'hari tu mama ajar dia.. kalau ada org datang opis kita, irfan cakap lah "jemput masuk". Kalau nak lalu depan orang tua, irfan cakaplah "tumpang lalu". Tadi dia nak lalu depan mama, sambil tunduk2 jalan dia cakap dengan konpiden... "JEMPUT LALU, MAMA!" LOL! takpe, usaha lagi anakku!'

Mama terpikir now mama nak tulis everything funny yang irfan cakap dan nak letak dalam a jar.. supaya kot mama tensen2 bila baca balik boleh gelak2.

I'll do it! I'll do it now!

Love you!

Mama.

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP